Gaya Hidup 12 Sep, 2020

Terbaik siswa UUM! Sumbang pelitup muka kepada murid-murid!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

KELAB Chapter Anak Perlis Universiti Utara Malaysia (UUM) dan pelajar Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) UUM menyerahkan 650 pelitup muka untuk kegunaan murid Sekolah Kebangsaan Simpang Empat di Perlis: KitaReporters

Muhammad Saniy Samsudin menyampaikan pelitup muka kepada Guru Besar SK Simpang Empat, Tengku Tun Noorani Tengku Senawi.


Lagi cerita-cerita dari Perlis:

https://kitareporters.com/search?search=perlis


Pengarah programnya, Muhammad Saniy Samsudin, 22, berkata penyampaian pelitup muka ini diharap dapat membantu anak-anak yang bersekolah di luar bandar ini menggunakannya bagi menjaga kesihatan akibat COVID-19 yang melanda negara ini. 

"Kami berharap murid-murid sekolah ini dapat menggunakannya sebagai keselamatan diri bagi mencegah jangkitan COVID-19," sambungnya lagi.

Dalam pada itu, pelajar PJJ UUM Nur Sabrina Samsudin, 23, ketika ditemui berkata pemilihan sekolah ini dibuat memandangkan kebanyakan muridnya adalah adalah dari golongan B40.

‘Kami berterima kasih kepada Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Simpang Empat Dr Nor Hasimah Ismail dan Guru Besar sekolah ini Tengku Tun Noorani Tengku Senawi kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menjalankan program ini," katanya ketika ditemui.

Dalam pada itu, Tengku Tun Noorani  berkata, "sesungguhnya pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan seperti ini bagi menyediakan pelitup muka kepada murid dan gurunya disekolah ini bagi mengelakkan jangkitan COVID-19."

Majlis ini turut dihadiri Penasihat dan ahli jawatankuasa Kelab Chapter Anak Perlis serta ahli jawatankuasaa PIBG SK Simpang Empat. - KitaReporters


Murid SK Simpang Empat yang menerima pelitup muka.


Pelajar PJJ UUM Nur Sabrina samdusin mengedarkan pelitup muka kepada murid sekolah itu.


Muhammad Saniy dan ahli-ahli jawatankuasanya bergambar kenangan dengan YDP SK Simpang Empat Perlis, Dr Nor Hasimah Ismail (dua dari kanan).

5
0
0
0
0
You will be interested

Video| Biar betul! Jemaah haji bawa joran ke Mekah! Polis terpaksa rampas kerana tiada keperluan!

Polis Surabaya berkata, pihaknya tahan seorang bakal jemaah haji di Indonesia kerana didapati bawa joran (pancing) ke Mekah semasa periksa barangan jemaah haji

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 18 hours ago

Video| Ambil iktibar daripada filem Mat Kilau! Pertahan tamadun negara bangsa! - Sultan Selangor

Sultan Selangor bertitah supaya pemimpin dan rakyat ambil pengajaran daripada kisah pahlawan Mat Kilau untuk pertahankan tamadun negara bangsa daripada runtuh
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 13 hours ago