Seni & Sukan 30 May, 2022

Video| Penantian, pengorbanan Raja Azmi! Tanggung suami masa PKP! Tunggu Jerangkung Dalam Almari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Raja Azmi dan suami berpegang kepada prinsip bertolak ansur untuk memastikan kerukunan hidup berumah tangga. - Kredit foto: IG rajaazmi
Hidup berumah tangga perlu bertolak ansur, saling bantu membantu bagi memastikan perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Demikianlah prinsip yang dipegang oleh insan seni veteran Raja Azmi Raja Sulaiman, 62.

Justeru sepanjang dua tahun negara mengalami gelombang Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan, Raja Azmi tidak malu akui menanggung kehidupan suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 53, sejak dua tahun lalu.

Ketika itu rezeki suaminya sebagai pemuzik tertutup kerana tempat hiburan ditutup. Ini membuat suami banyak menemaninya ketika mengikuti majlis tertentu dan syuting dan secara kebetulan dia banyak menjalani pengambaran drama sebagai pelakon dengan membawa watak wanita berusia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kisah rumah tangga

Raja Azmi, suami dan mertua yang sakit. - Kredit foto: IG rajaazmi

Menurut Raja Azmi yang lahir pada 27 Julai 1959, tiada masalah baginya dilihat berlakon di set oleh suaminya. 

Raja Azmi yang biasa disapa Kak Mi berkahwin dengan Eddie pada 13 Oktober 2013, namun bercerai kira-kira setahun selepas itu. Bagaimanapun mereka rujuk kembali dua tahun selepas itu.

Eddie merupakan bekas pemain gitar kumpulan CRK.

Dengan perkahwinan pertamanya dengan jaguh badminton negara Jailani Sidek pada 23 Disember 1984, mereka dikurnia tiga anak iaitu Puteri Suraya (lahir 1985), Puteri Suhaida (lahir 1989) dan Megat Deli (lahir 1994).

Namun kedua-duanya bercerai  pada 27 Jun 2012. 




Menurut Raja Azmi, tiada siapa yang sempurna dan dia menyifatkan suaminya sebagai seorang yang romantik dan bertanggungjawab.

“Masuk usia semakin senja ini, tiada apa yang saya harapkan selain kebahagiaan hingga hujung nyawa. Suami saya semakin hari semakin romantik. 

“Dalam 10 perkara, hanya satu kekurangannya. Jadi kenapa tidak tutup sebelah mata dan melihat kebaikannya. Malah, kita sendiri pun tidak sempurna,” katanya kepada sebuah media.



Setelah kegiatan sosial dan hiburan sudah dibuka, Eddie akan kembali bekerja sebagai pemuzik tidak lama lagi.

Manakala setelah beberapa tahun bergiat sebagai pelakon, Raja Azmi kembali mengeluarkan filem.

Bermula sebagai penerbit komik dan animasi Anak-Anak Sidek, Raja Azmi pernah menerbitkan empat buah filem iaitu ‘Black Widow Wajah Ayu’ arahan U-Wei Haji Saari  (1994), ‘Cinta 200 Ela’ (2001), ‘Haru Biru’ (2007) dan ‘Anu ... Dalam Botol’ (2011).


/


Namun filem-filemnya mencipta kontroversi tetapi kurang dapat sambutan.

Dia juga pernah mengarahkan sebuah filem iaitu ‘Enjin No. 9’ yang mula ditayangkan pada 29 Mac 2018.

Kini Raja Azmi mencuba lagi menjadi produser filem. Filem seram terbitannya, 'Jerangkung Dalam Almari' bakal ditayangkan Ogos 2022 ini.



Filem arahan Shadan Hashim ini membariskan pelakon antaranya Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Sophia Albarakbah, Anne Abdullah dan Wan Hanafi Su.

Filem ‘Jerangkung Dalam Almari’ yang siap pada 2020 sepatut ditayang September 2021 tetapi kini ditunda pada Ogos 2022 di pawagam. - KitaReporters


17
8
0
13
0
You will be interested