Penyanyi Baby Shima suka melakukan perkara kontroversi dan gemar memuat video bergelek dan memuatkan gambar-gambar bergaya seksi dalam media sosialnya. Tindakannya itu membuat dia sering menerima kecaman masyarakat.
Pada 25 Januari 2019 lalu, Shima membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya berhubung komen jelik dalam laman Instgram miliknya. Selain itu, dia juga menerima ugutan cepat mati.
Lagi
Memiliki tubuh kecil molek secara tidak langsung membuat Baby Shima kelihatan seksi jika memakai apapun, sekali gus cetus sensasi dan kontroversi.
Terbaharu, penyanyi dengan nama asalnya Nor Ashima Ramli yang bakal genap 30 tahun pada 20 September 2022 ini dianggap melakukan sensasi terbaharu.
Baby Shima mengadakan persembahan dalam Majlis Hari Raya UMNO Jelebu, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Ketika menyampaikan lagu bertema raya ‘Sesuci Lebaran' yang dipopularkan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Baby Shima yang memakai kebaya ketat dikatakan bergelek ketika menyampaikan lagu itu.
Baby Shima dikatakan sepatutnya menyampai lagu ‘Sesuci Lebaran’ itu dengan berbaju kurung dan tidak menari keterlaluan.
Baby Shima yang sudah kebal dengan kritikan menganggap apa yang dilakukannya hanya menari zapin. Namun kerana dia memakai kain kebaya yang agak ketat menyebabkan tariannya kelihatan seperti bergelek dangdut.
"Apapun, terpulanglah pada netizen dan fikir dan cakap apa. Saya tak boleh nak tutup mulut orang. Saya tak kisah pun sebab itu aksi menari zapin ketika persembahan.
"Saya menari atas tuntutan kerja. Lagipun, takkan nak menyanyi sambil berdiri tegak saja. Saya menari mengikut kesesuaian lagu dinyanyikan," katanya kepada sebuah media.
Baby Shima turut menayangkan aksinya ‘bergelek’ menyampaikan lagu bertema raya itu dalam Instagramnya.
Mula aktif menyanyi pada tahun 2010 selepas bergelar juara Bintang Idola Berita Harian 2010. Dia kemudian dilamar menjadi artis rakaman oleh KRU Music dari 2011 hingga 2016.
Kemunculannya dalam Dangdut Academy Asia 1 pada 2005 memberi peluang dia memikat sejumlah masyarakat Indonesia, menyebabkan dia ditawar menjadi artis rakaman Nagaswara Records sejak 2017 hingga kini dengan tertumpu kepada genre muzik dangdut.
Kerana kecewa sering mendapat kritikan masyarakat tempatan membuat Baby Shima berhasrat untuk berhijrah ke Indonesia dan memperkembangkan karier nyanyiannya di negara seberang.
Baby Shima dijangka ke Jakarta, Indonesia pada Jun 2022 ini untuk urusan kerjayanya. - KitaReporters