Seni & Sukan 08 Jan, 2022

Terbaik! THRDC Terengganu buka hampir 22k peluang pekerjaan! Tempoh 4 tahun sehingga Dis 2021!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Remaja Terengganu menghadiri sesi temu duga terbuka Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu


PUSAT Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC) merekodkan sejumlah 21,977 rakyat Negeri Terengganu berpeluang mendapat pekerjaan dengan mengisi pelbagai jawatan terutama sektor swasta sejak 2018 hingga akhir Disember 2021

Angka berkenaan adalah data THRDC yang dikongsikan dari Jabatan Tenaga Kerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peluang kerja

MOHD NURKHUZAINI AB RAHMAN


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu , Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, jumlah itu sekali gus berjaya melepasi sasaran menyediakan 20,000 peluang pekerjaan oleh keraajaan negeri.

"Perangkaan tersebut adalah data dikeluarkan oleh THRDC yang dikongsikan dari Perkeso. Daripada jumlah itu, sebanyak 10,122 penempatan pekerjaan telah dibuat di Terengganu pada tahun 2019.

"Seterusnya diikuti 3,487 pekerjaan pada tahun 2020 dan 8,368 pekerjaan sehingga Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis, 6 Januari 2022.

Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera berkata, sehingga 10 Disember 2021, masih terdapat 8,917 kekosongan jawatan aktif di Terengganu yang boleh diisi oleh rakyat di negeri ini.


Antara pencari pekerjaan yang menghadiri temu duga terbuka anjuran Kerajaan Negeri dan swasta.


Sebahagian belia Terengganu yang mendapat tawaran  pekerjaan dengan pihak swasta berlepas dengan bas khas ke Shah Alam, Selangor.


Tambah beliau, Kerajaan Negeri memberi perhatian serius berusaha mencari peluang pekerjaan kepada rakyat negeri berkenaan.

Katanya, hasil usaha semua pihak terutama THRDC yang bekerjasama erat dengan agensi kerajaan Persekutuan seperti Perkeso dan Jabatan Perangkaan Negara untuk berkongsi data yang lebih terperinci dan bersasar dalam mengatasi masalah pengangguran.

"Walaupun pasaran buruh merosot teruk akibat pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, kadar pengangguran di negeri ini masih terkawal pada kadar 4.1 peratus pada 2020 dan antara 3.7 peratus hingga 4.4 peratus pada suku pertama hingga suku ketiga tahun 2021.

“Sasaran tersebut  jika dapat dipastikan sejumlah antara 4,000 hingga 5,000 peluang pekerjaan wujud setiap tahun di negeri ini dalam sektor kerajaan dan swasta," ujarnya.


Sebahagian belia yang berjaya dipilih untuk bekerja menaiki bas khas untuk bekerja di Lembah Kelang. - Kredit gambar: UPDI


Menurutnya, berdasarkan data THRDC dikongsikan dari JTK dan PERKESO, sebanyak 10,122 penempatan pekerjaan telah dibuat di negeri ini pada 2019, 3,487 pada 2020 dan 8,368 sehingga Oktober 2021 menjadikan jumlahnya sebanyak 21,977 pekerjaan.

“Ini bermaksud, secara purata kasarnya terdapat lebih 10,000 peluang pekerjaan setahun yang tersedia dalam pasaran buruh di negeri ini dalam tempoh tiga tahun ini.

"Kerajaan Negeri telah wujudkan program khas “Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu” dengan adakan sesi penerangan dan temu duga terbuka menjelajah ke seluruh daerah untuk mberi peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu terutama dalam kalangan belia," ujarnya. - KitaReporters


13
11
2
17
0
You will be interested