AWEERA, 31, dijangka akan memberi persembahan terbaik pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza 8 (GV8) setelah mendapat lagu yang sesuai dengan jiwa rocknya.
Dalam peringkat separuh akhir Aweera dicabar menyampaikan dua lagu nyanyian Amy Search iaitu ‘Kerja Gila’ dan ‘Fantasia Bulan Madu’.
Bagi Aweera yang berambut panjang sebagai imejnya, terpilih mendendangkan dua lagu rock adalah ‘bagai bulan jatuh ke riba’ memandangkan Amy Search adalah antara penyanyi idolanya.
Pada minggu ke-7 GV8, Aweera diminta menyanyikan beberapa baik lagu ‘Fantasia Bulan Madu’ oleh juri, Hetty Koes Endang dan Aweera membuktikan kehebatan vokalnya.
Penyanyi yang nama asalnya Nasharul Aweera Norhissham ini teruja apabila menduduki tangga ketiga dalam peringkat suku akhir atau minggu ke-8 GV8 mengatasi Nikki Palikat dengan memperoleh 73 markah.
Ia mengubat kekecewaannya apabila berada dalam kedudukan ke -7 pada minggu ke-7 lalu iaitu di belakang Shidee dengan cuma memperolehi 57.5 markah kerana melakukan beberapa kesilapan. Ia merupakan minggu yang paling mengecewakan bagi Aweera.
Aweera mengakui bahawa dia menghadapi tekanan setiap menghadapi pertandingan setiap minggu dan kini cuba untuk mengatasinya sebaik mungkin dalam peringkat separuh akhir dan peringkat akhir nanti.
Aweera adalah antara peserta yang diramal tidak punyai masalah untuk memasuki peringkat akhir. Cuma sejauh di tempat mana Aweera berada?
Aweera yang merupakan penyanyi kumpulan Mojo mempunyai impian untuk berada di tiga tempat teratas. Ia bukan sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.
Dalam GV-7 lalu, penyanyi rock, Mus May berjaya menduduki tempat kedua.
Ketika sibuk dalam penyertaan dalam GV8, Aweera turut melakukan kerja amal selepas banjir dengan menyertai kumpulan sukarelawan Projek Jalinan Kasih 6.0 pada Isnin, 3 Januari 2022 di Kampung Sri Tanjung, Dengkil, Selangor. - KitaReporters
Aweera mahu mendapat tempat terbaik dalam GV8