Seni & Sukan 14 Apr, 2022

Terima kasih daun keladi! 500 bungkusan juadah berbuka puasa diagihkan! Usaha pemimpin setempat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Tun Ahmad Latifi (tengah) menyusun bungkusan juadah berbuka puasa yang diedarkan kepada penduduk sekitar Bukit Gantang, Perak


Oleh: AMIR HAMZAH YOT


Lebih 500 bungkusan juadah berbuka puasa berisi nasi berani, buah tamar dan bubur lambuk telah diagihkan kepada penduduk sekitar di Bukit Gantang, Perak pada 12 April 2022 atas keprihatinan beberapa pemimpin setempat di kawasan berkenaan.

Menurut wakil Parti Keadilan Rakyat  Malaysia (PKR) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang Tun Ahmad Latifi aktiviti memasak dan mengedarkan juadah berbuka puasa kepada penduduk setempat khususnya golongan B40 sentiasa dilakukan setiap tahun pada bulan Ramadan yang mulia ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan juadah berbuka puasa

Tun Ahmad Latifi (kanan) menyampaikan juadah berbuka seperti bubur lambuk dan nasi berani kepada penduduk.


"Kami bergerak di 14 kawasan di DUN berkenaan bagi memberi sumbangan kepada mereka yang layak menerimanya khusus kepada lapan kumpulan asnaf.

 "Saya harap rakyat di sekitar Bukit Gantang tidak salah faham kerana aktiviti beri sumbangan ini adalah digalakkan oleh Islam," katanya.

Beliau memberitahu usaha memberi pelbagai juadah untuk berbuka puasa ini menerima sambutan menggalakkan. 

"Kami sentiasa memberi bantuan kepada mereka yang layak menerimanya," tegas Tun Ahmad. - KitaReporters


Peniaga gerai turut menerima juadah berbuka puasa di Kuala Sepetang, Perak.

10
16
0
9
0
You will be interested