Seni & Sukan 30 Oct, 2020

Helo MDHS Hulu Selangor! Sampah dilonggokkan di tepi kubur!

@badrolhisham bidin
Pernah menjadi wartawan/editor di Malay Mail dan New Straits Times dan memenangi pelbagai anugerah termasuk Wartawan Penyiasatan Terbaik dari MPI.

Share this

TANAH perkuburan Bukit Beruntung yang terletak lebih kurang 50km dari Bandar Raya Kuala Lumpur memang teratur dan dijaga rapi oleh kariah Masjid As-Salam Bukit Sentosa. Tetapi malangnya, tanah perkuburan itu ber”jiran” pula dengan tapak pelupusan sampah. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan sampah sarap:

https://kitareporters.com/search?search=sampah


Walaupun tapak haram itu telah ditutup hasil aduan penduduk setempat, masih ada lagi kontraktor-kontraktor dan orang luar yang melupuskan sampah sarap termasuk perabot lama menyebabkan keadaan di situ diliputi bau busuk. 

“Bayangkan, waris si mati yang mengunjungi kubur sanak saudara mereka terpaksa menahan bau busuk. Kami sudah beberapa kali membuat aduan tetapi nampaknya tiada tindakan dari pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS),” kata Ketua Keselamatan Masjid As-Salam Mohamad Jeffry Ibrahim

Lori besar keluar masuk di kawasan yang telah diikat tali pita oleh Majlis Daerah Hulu Selangor dan meninggalkan pelbagai sampah sarap dan walaupun beberapa kali ditegur, pemandu lori memberi alasan tempat pelupusan sampah yang digazet terletak jauh dari sini iaitu di Kerling.


 

Sampah sarap yang dibuang di tempat yang tak sepatutnya menimbulkan rasa tidak puas hati kepada penduduk Bukit Beruntung, Selangor


"Yang peliknya, mereka mengaku kakitangan MDHS tetapi tidak dapat menjawab sama ada tempat itu telah dibuka semula dengan kebenaran pihak atasan,"  kata Jeffry. 

Dahulunya pekerja PLUS yang bertugas di tol Bukit Beruntung berdekatan juga turut mengadu terhidu bau busuk terutama di waktu petang. 

Aduan demi aduan yang dibuat akhirnya membuahkan hasil dan tempat pelupusan sampah dipindahkan. 

“Kini semakin banyak lori masuk ke kawasan ini untuk memunggah sampah sarap menjadikan kawasan perkuburan yang dijaga dengan baik kini teruk,” kata Jeffry.

Beliau risau aktiviti ini hanya akan menggalakkan pihak lain untuk melakukan benda yang sama. "Kawasan ini tidak dikawal, nanti ada pula yang membuang bermacam-macam sampah di kawasan ini," tegasnya. 

Beliau berharap pihak berkuasa termasuk MDHS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan drastik menghentikan aktiviti-aktiviti pembuangan sampah di situ. - KitaReporters

0
1
1
1
0
You will be interested