Seni & Sukan 19 Sep, 2021

Video| Lelaki dakwa cuma tidur 30 minit sehari! Sejak 12 tahun lalu! Nikmati kehidupan lebih baik

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Hori ketika diwawancara dalam sebuah program TV Jepun. - Kredit foto: Oddity Central

Mengikut pakar perubatan, tidur minimum bagi golongan dewasa ialah dari 7 sehingga 8 jam bagi tujuan kesihatan. Namun seorang lelaki Jepun mendakwa dia hanya tidur 30 minit sehari sejak 12 tahun lalu dan tidak pernah berasa penat.

Daisuke Hori, 36, mendakwa melakukan perkara itu ketika muncul dalam satu program TV Jepun baru-baru ini.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tidur

Hori dapat bangun tidur tanpa bantuan jam penggera. - Kredit foto: Oddity Central


Hori merupakan pengerusi bagi persatuan orang tidur singkat di Jepun dan kini mengajar orang ramai tentang cara mengurangkan jadual tidur seharian bagi menikmati kehidupan dengan lebih bermakna

Ekoran dakwaannya itu, seorang penerbit rancangan TV mencabar Hori merakamkan rutin hariannya selama tiga hari.

Hori menerima cabaran itu bagi membuktikan dakwaannya itu benar.

Rakan-rakan Hori juga boleh bangun tanpa bantuan sebarang alat penggera. - Kredit foto: Oddity Central


Pada hari pertama rakaman dijalankan, Hori tidur pada jam 2 pagi dan hanya melelapkan mata selama 26 minit sahaja. Dia mampu bangun tidur tanpa mengunci jam penggera.

Pada hari kedua, Hori melakukan aktiviti meluncur bersama rakan-rakan pada tengah malam, kemudian  bersenam di gimnasium dan pulang ke rumah.

Hori mendakwa tetap sihat walaupun hanya tidur 30 minit sehari. - Kredit foto: Oddity Central


Sepanjang tiga hari rakaman itu, Hori menghabiskan waktu malamnya bermain permainan video, meluncur dan lepak bersama rakan-rakan.

Menurut Oddity Central, apa yang menghairankan, semua rakannya turut tidur dalam waktu singkat seperti Hori. - KitaReporters

13
8
0
23
0
You will be interested