Seni & Sukan 04 Aug, 2021

Dari badminton ke seni suara? Lee Zii Jia curah emosi! Lagu Ten Thousand Emotions, in Portrait!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


KEKALAHAN jaguh badminton perseorangan lelaki Seluruh England 2021, Lee Zii Jia, 23,  untuk merangkul pingat emas pertamanya pada Sukan Olimpik Tokyo 2020  baru-baru ini bukanlah bermakna kegagalan.

Adat bertanding, kalah menang rezeki masing-masing ya tak?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Lee Zii Jia


Siapa sangka pemain nombor dua dunia, Viktor Axelson dari Denmark yang ditewaskan oleh Lee pada final di Birmingham, Mac 2021 lalu itu memenangi pula pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malah Viktor turut kalahkan juara bertahan Olimpik, Chen Long dari China yang terdahulu tewas di tangan Lee semasa separuh akhir All England 2021 tetapi menundukkan  pula Lee pada Sukan Olimpik 2020 yang kini sedang berlangsung di Tokyo sehingga 8 Ogos 2021.

Itu kisah badminton tetapi tiada siapa juga menjangka rupa-rupanya kekalahan yang dialami anak kelahiran Kedah ini membawa hikmah apabila dilamar oleh jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO Malaysia.



Sempena majlis pelancaran telefon pintar siri Oppo Reno6 terbaharunya, Reno6 Z yang bakal dirasmikan pada 5 Ogos 2021, rakyat Malaysia buat julung kalinya berpeluang menyaksikan persembahan nyanyian daripada Lee Zii Jia melalui lagu berjudul "Ten Thousand Emotions, in Portrait” atau dalam bahasa Malaysianya berbunyi,  ’10 Ribu Emosi dalam Potret’.

Tentu korang tak sabar nak tahu apa maksudnya kan?

Khabarnya, melalui lagu itu, Lee berjanji untuk kembali kuat dan ingin mengucapkan ucapan terima kasih setulus ikhlas kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya selama ini.

Malah, seiring dengan pelancaran Oppo Reno6 Z, lagu tersebut dirancang untuk menangkap setiap emosi dalam potret yang dialami Lee sepanjang  kerjayanya.

Lee akan menyampaikan pelbagai emosi menggambarkan pengalamannya sepanjang perjalanannya menempuh saat-saat pahit manis yang dilalui melalui lagu berkenaan  malah akan didendangkan dengan iringan gitarnya.



Dan sementara menunggu pengeluaran video muzik lagu berkenaan tidak lama lagi, Lee turut menggambarkan perasaannya melalui beberapa kepingan gambar yang dirakam menggunakan peranti Reno6 Z yang dilengkapi ciri 'Potret Flare Bokeh' di kamera depan dan belakang.

'Potret Flare Bokeh' membolehkan pemiliknya menangkap keindahan lampu kerana spesifiksi itu mampu mengubah lampu latar menjadikan pemandangan lebih dinamik sambil mencerahkan  potret  menjadi lebih tajam dan lancar.

Apa pun yang penting, tentu korang tak sabarkan nak mendengar nyanyian Lee Zii Jia, kut kut selepas ini lebih popular daripada penyanyi popular sedia ada. Jangan sampai ada yang terlepas ‘soru’ dah!

Jadi, ingat saksikan majlis pelancarannya pada hari Khamis, 5 Ogos 2021 ini ya, manakala untuk maklumat lanjut mengenai produk Oppo boleh merujuk kepada laman web rasmi Oppo di www.oppo.com.my serta laman sosial tersedia. - KitaReporters


1
3
0
0
0
You will be interested