Seni & Sukan 07 Aug, 2020

Iqram Dinzly nak buat agama baharu? Syarat “sembahlah aku”?

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

PELAKON Iqram Dinzly mengejutkan warga maya apabila memuat naik kenyataan yang amat mengelirukan apabila menyatakan hasrat untuk mencipta agama baharu. Menerusi posting dalam Twitter dan Instagram, dia mendakwa mahu mencipta agama baharu namun dan berharap netizen setuju dengan cadangannya itu. Dan ada satu syarat!! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita mengenai pelakon:

https://kitareporters.com/search?search=pelakon


“Aku rasa nak buat agama baharu. Tapi dengan syarat “sembahlah aku”. Aku harap #netizen setuju,” tulisnya.


Sebelum ini Iqram pernah mencetuskan pelbagai kontroversi menerusi pelakuannya yang pelik. Malah, ramai yang mendakwa Iqram kelihatan seperti tidak siuman. Antara perkara yang dianggap pelik dilakukannya ialah gambar swafotonya di kubur arwah bapanya yang menimbulkan tanda tanya netizen.

Gambar swafoto ini menimbulkan tanda tanya netizen mengenai tahap kawarasan Iqram.


Malah dia juga sering berkongsi video dalam Instagram menunjukkan dia sedang menari seolah-olah dalam keadaan khayal. Aksinya itu mengundang pelbagai andaian oleh netizen. Sering bertukar akaun Instagram, dan terbaharu menggunakan akaun Instagram bernama ‘iqdinzly’ dia memuat naik status yang mengelirukan netizen.

Tidak tahu apa tujuan dan maksudnya, perbuatan itu kadang-kadang dilihat agak berlebihan dan sensitif kerana mengaitkannya dengan agama

Iqram sering bertukar akaun Instagram.


Berang dengan status yang dimuat naik oleh Iqram, rata-rata netizen mengecamnya dengan bahasa kesat.

“Tunggu, apa? Kau mahu buat agama baharu? Lebih kurang agama sesat,” ujar salah seorang netizen.

Antara komen netizen yang menganggap kenyataan Iqram sebagai tidak masuk akal.


Selain status yang mengelirukan, Iqram juga dilihat sering memuat naik gambar sebiji mata yang dikelilingi oleh bentuk segi tiga. Ada berpendapat, gambar atau imej satu mata ada kaitan dengan "mata dajjal".

“Aku rasalah kan, ramai yang lebih takut dengan Mata Satu berbanding Allah nan satu. Ramai yang tidak boleh terima kebenaran dan bersifat Maha Tahu sedangkan tepu lagi dungu.

“Wahai sahabat-sahabat yang berilmu sekiranya kau tahu Allah itu Tuhanmu, mengapa perlu bila nampak mata satu kau jadi haru biru. Itu bermakna kau keliru dengan imanmu apatah lagi ketaqwaanmu. Buuuuuu sut kebodohanmu meninggi tahap api biru,” tulisnya.


Sebelum ini, Iqram pernah berkata dia tidak akan melakukan perbuatan ‘gila’ lagi, tetapi nampak gayanya kata hanya tinggal kata.  

Semoga dia menarik balik kata-katanya yang boleh mengundang salah faham orang ramai. - KitaReporters

2
3
2
2
42
You will be interested