Aktivis sosial terkenal, Kuan Chee Heng, lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, 56, yang tidak mengira masa melakukan kerja kebajikan kini ditimpa ‘malang’ apabila dijangkiti Covid-19 tahap 4 dan perlu bantuan oksigen.
Uncle Kentang kini dirawat di Hospital Serdang dan mengharapkan doa rakyat Malaysia akan penyembuhannya. Dia membuat ujian Covid-19 setelah merasa dirinya kurang sihat setelah penat melakukan kerja-kerja kebajikan.
Berita duka ini diumum Uncle Kentang dalam laman FaceBooknya pada Isnin, 7 Februari 2022.
"Sila doakan untuk saya sembuh. Kategori 4A positif C0V1D, bubuh oksigen," tulisnya.
Uncle Kentang turut memaklumkan telefon bimbitnya dimatikan selama tujuh hari. Dan dia mengalami keletihan berikutan jadual kerja yang padat.
Uncle Kentang turut mengumumkan pejabat kebajikannya ditutup selama empat hari bermula Isnin, 7 Februari 2022.
Bagaimanapun perkhidmatan ambulansnya tetap berjalan malah ditambah lagi bagi membolehkan lebih ramai pergi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk mendapat suntikan dan membawa pesakit yang dijangkiti Covid-19 dengan cepat ke hospital.
“Call 012-2423360 for Covid-19-related services and contact 011-55052148 for ambulance services.” tulisnya.
Dalam pada itu, Uncle Kentang turut mengingatkan orang ramai untuk terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan sentiasa memakai pelitup muka.
Sebaik sahaja mengetahui dirinya dijangkiti virus Covid-19, Uncle Kentang meminta bantuan netizen untuk berkongsi maklumat mengenai hospital swasta yang menjalankan pemeriksaan pengesahan Covid-19.
"Looking for hospital. Any private hospital can admit C0V1D patient? Please help. My number 016-2683999," tulisnya.
Hari ini (Rabu, 9 Februari 2022), Uncle Kentang membantu menyelesaikan masalah tiga orang ramai. Salah seorang yang dikenali sebagai Makcik Kiah dibantu oleh Uncle Kentang bagi menyelesaikan bayaran pap scan sebanyak RM260.
Uncle Kentang adalah antara ‘wira yang tidak didendang’ dengan sudah lama melakukan kerja kebajikan membantu masyarakat tanpa mengira kaum dengan turut menggunakan wang sendiri. Di samping itu ,dia mendapatkan bantuan pihak yang sedia membantu.