Bercakap kepada media ketika ditemui di pekarangan pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam, Selangor pada Khamis, 30 Jun 2022, Puteri Sarah berkata, tindakan saman itu merupakan jalan terbaik selepas empat tahun rumah tangganya diganggu serta demi maruahnya yang telah tercalar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Puteri Sarah Liyana
“Benda ni takkan jadi kalau pihak ketiga tu tak cabar saya. Dia kata bila nak saman, suruh peguam kau buat kerja cepat sikit. Jadi kami failkan dua saman.
“Empat tahun saya berdiam diri untuk bagi dia peluang. Kalau boleh saya tak nak selesaikan masalah ini di mahkamah dan biarkan satu Malaysia tahu. Tapi, apabila sudah sampai ke tahap ini, saya rasa ia biadab,” katanya.
Menurut Sarah, sebelum mengambil tindakan itu, dia mengakui was-was apatah lagi selepas memikirkan mengenai perkahwinannya dan keluarga.
“Masa itu, saya masih fikir apa akan jadi pada saya, keluarga dan perkahwinan kami. Masa itu, saya mungkin tidak matang juga dan tidak nampak hala tuju.
“Selepas buat solat istikharah dan balik daripada umrah, baru saya nampak jalan. Saya buat untuk diri saya dan keluarga saya. Sampai bila nak kena pijak macam ni?” luahnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu juga berkata dia sangat lega berbuat demikian serta berharap apa yang dilakukannya dapat membuka mata mereka di luar sana yang senasib dengannya.
"Saya nak pesan juga, dah ambil orang punya duduk diam-diam. Jangan dah ambil orang punya dok canang sana sini, nak kacau. Jangan kacau orang,” katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff meminta pihak ketiga untuk berhenti menganggu anak guamnya dalam media sosial.
Menurut peguam, Ira diperintah hadir ke Mahkamah Seksyen pada 4 Julai 2022. Menurut Ummi Kartini, pihak defendan iaitu Ira Kazar sudah menerima perintah injuksi interim.
"Sementara tindakan di Mahkamah Syariah pula masih lagi di dalam proses dan ia perlu bermula dengan aduan. Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan.
"Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun (2022) lalu, di mana perintah ini supaya defendan (Ira Kazar) berhenti meluahkan atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan dalam sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
"Ini kerana kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami. Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan. Dia sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai 2022 depan.
"Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 24 Jun 2022 lalu dan hari ini (30 Jun 2022) kami berada di Jais pula atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
"Memandangkan alamat tempat tinggal anak guam kami dan juga defendan berada di Selangor, dan ada juga kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihatkan untuk membuat aduan di kedua-dua negeri," katanya.
"Jadi kami sudah failkan dua saman," kata Puteri Sarah Liyana, yang memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. - KitaReporters