Seni & Sukan 06 Jul, 2022

Ukhuwah Keluarga Malaysia! Jiran Wanita KRT anjur boling! Pupuk semangat setiakawan, kejiranan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Adibah Sukir (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita Suadamai BTHO yang gigih berusaha bagi memastikan Boling Ria 2022 dapat diadakan.


DALAM memastikan dapat melaksanakan pelbagai program kebajikan dan kemasyarakatan berjalan dengan lancar Jiran Wanita (Jiranita) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Suadamai Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor terus memupuk hubungan ukhuwah yang erat antara ahli-ahli.

Bagi mencapai hasrat itu Jiranita terbabit menganjurkan Boling Ria 2022 dengan membabitkan 44 ahli dan komuniti wanita yang menetap di Zon Suadamai BTHO, di Megalanes Endah Parade, Kuala Lumpur pada 18 Jun 2022 lalu.

Semestinya aktiviti sedemikian bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia, yang mahukan masyarakat hidup dalam bersatu padu serta saling mengambil berat sesama sendiri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Jiran Wanita KRT

Pasukan Glamorous meraih hadiah pertama dalam peraduan pasukan berpakaian paling cantik.


Pengerusinya, Adibah Sukir, berkata selain bertujuan mengeratkan lagi hubungan setiakawan antara mereka apabila berada dalam satu organisasi juga menyahut seruan gaya hidup sihat yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Menurutnya, walaupun ada ahli daripada kalangan mereka yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa tetapi tiada masalah untuk duduk bersama berkongsi pelbagai maklumat serta pengetahuan terkini demi mengaktifkan Jiranita.

“Usaha ini akan membantu ke arah melahirkan hubungan kejiranan yang sihat serta sentiasa ambil peduli jika ada perkara tidak diingini berlaku dalam kawasan kediaman demi keselamatan serta kesejahteraan hidup,” katanya.

Adibah berkata, program pertandingan boling berjalan dengan lancar dalam suasana permainan penuh ceria serta menghiburkan apabila setiap pemain yang masing-masing mengenakan pakaian mengikut tema pasukan diwakili.

Katanya, suasana menjadi gamat selepas setiap ahli selesai membuat pendaftaran kerana masing-masing membuat persembahan 'trade mark' pasukan yang diwakili dengan pelbagai gaya yang menghiburkan.


Antara peserta yang terbabit dalam pertandingan Boling Ria 2022 anjuran Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga Suadamai Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor pada 18 Jun 2022 lalu.


Menurutnya, dalam pertandingan membabitkan beberapa kategori diadakan itu bagi acara pemenang berpasukan diraihkan tempat pertama oleh pasukan Ewah-Ewah, kedua Iron Lady dan ketiga Happy-Happy Aja.

Bagi acara individu pemenang pertama ialah Puspawara, kedua Rohani dan ketiga Suziey. Manakala dalam peraduan pasukan pakaian tercantik digondol pasukan Glamorous, kedua Black Pink dan ketiga Ewah-Ewah.

Adibah berkata, menang dan kalah itu perkara biasa dalam satu-satu pertandingan tetapi yang paling penting program berkenaan berjaya menyemarakkan serta memupuk hubungan erat antara ahli Jiranita.

“Justeru program ini memberi suntikan semangat antara kami semua untuk terus bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti kemasyarakatan dan amal kebajikan disamping memelihara imej KRT Suadamai BTHO,” katanya.

Turut hadir memeriahkan pertandingan boling itu Setiausaha KRT Suadamai BTHO, Che Nordin Ismail.


Pasukan Ewah-Ewah raih tempat pertama bagi kategori berpasukan Boling Ria 2022.

30
10
0
6
0
You will be interested