Gaya Hidup 25 Jun, 2021

Berita Terkini| Bela anak lotong! Wanita ditahan! Berdepan denda RM100k atau penjara 5 tahun!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan sepasukan tujuh anggota di rumah wanita berkenaan di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang. - Kredit foto: FB Perhilitan


SEORANG wanita ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada Khamis, 25 Jun 2021 selepas didapati membela seekor anak lotong di kediamannya di Pahang.

Ketua Pengarah Perhilitan Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan oleh sepasukan tujuh anggota di rumah wanita berkenaan di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang kira-kira 1 tengah hari Khamis itu.

“Tindakan memelihara anak lotong (Trachypithecus cristatus) sebagai haiwan kesayangan boleh menyebabkan pemilik berdepan dengan denda sebanyak RM100,000 atau dikenakan penjara lima tahun.

“Ketika pemeriksaan berkenaan wanita itu gagal menunjukkan sebarang lesen atau permit sah daripada Jabatan Perhilitan untuk menyimpan hidupan liar dilindungi itu,” katanya seperti dipetik Harian Metro pada Jumaat, 25 Jun 2021.

Susulan daripada itu, wanita terbabit ditahan sebelum dibebaskan dengan seorang penjamin.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa ada memohon lesen memelihara haiwan itu daripada Pejabat Perhilitan Pulau Pinang namun tidak diluluskan dan mendakwa menemui anak lotong itu di tepi Jalan antara Maran ke Temerloh, Pahang.

"Tindakan menyimpan haiwan liar belum matang itu boleh didakwa mengikut Seksyen 61, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak lebih lima tahun," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

10
4
7
1
16
You will be interested

Video| Anuar akui sukar cari keserasian bersama Ziana! Yakin konsert 6 Ogos momen kolaborasi indah!

Penyanyi adik beradik Ziana Zain dan Anuar Zain bakal kolaborasi dalam konsert skala besar di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022 di Dewan Plenary, KLCC Kuala Lumpur

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Macam-macam hal! Pekerja adu majikan kurang ajar! Majikan kata manja sangat? Siapa yang betul?

Kisah seorang gadis berusia 23 tahun di Singapura mohon kerja. Ini perkongsian kisahnya dengan bakal majikan, yang akhirnya bertindak tidak berikannya pekerjaan
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Jika mahu berjaya, jangan sesekali malu mencuba! Kegagalan hanya satu mitos - Taylor Swift!

Taylor Smith terima gelaran doktor kehormat seni halus dari Universiti New York (NYU), Amerika Syarikat. Swift antara selebriti paling ikonik pada generasinya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 15 hours ago

Seronok dalam gementar! Ain Edruce berganding dengan Pak Nil! Acarakan program Karaoke Superstar!

Ain Edruce akui gementar apabila terima tawaran sebagai hos bersama Aznil Nawawi untuk rancangan realiti nyanyian terbaharu Karaoke Superstar mulai 5 Jun 2022
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Ini barulah raya! Kutip sampah pakai baju raya! Program gotong royong bersihkan Pantai Batu Buruk!

Trash Hero Malaysia dengan kerjasama Green Ranger UMT dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT anjur program gotong royong pembersihan pantai pakai baju raya
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago