Seni & Sukan 24 Dec, 2020

Nafsu syaitan! Selepas bunuh, remaja perkosa mayat kekasih!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

BARU berusia 19 tahun tetapi telah melakukan jenayah yang tak terbayang dek akal. Sanggup membunuh kemudian bertindak memperkosa mayat teman wanita yang baru dikenalinya! Memetik laporan portal Detik.com, Alim Muspar atau dipanggil Alim berkenalan dengan teman wanitanya dikenali sebagai Indah Permata Sari (mangsa) dalam Facebook tiga bulan yang lalu. : KitaReporters


Alim tergamak memperkosa mayat Indah kerana terlalu menurut hawa nafsu. - Kredit foto: Detik.com


Lagi cerita-cerita jenayah mengenai rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Kejadian yang berlaku di Payakumbuh, Sumatera Barat (Sumbar), Indonesia itu menggemparkan masyarakat setempat. 

Menurut pihak polis, setelah tiga bulan berkenalan dalam alam maya, akhirnya pada 9 Disember 2020 mereka sepakat untuk bertemu buat pertama kalinya.

Amin didakwa sudah memasang niat untuk mengadakan hubungan seks ketika pertama kali bertemu. Namun, pertemuan itu bertukar tragedi apabila mangsa menolak ajakan seks tersebut.


Gambar hiasan - Kredit foto: Google Image


Mungkin kerana berang mangsa menolak dan menjerit, Alim mula bertindak ganas dan tidak berperikemanusiaan. Dia akhirnya membunuh mangsa dan bertindak memperkosa mayat Indah.

Perbuatan kejam tersebut akhirnya terbongkar setelah mayat Indah ditemukan berdekatan jalan menuju ladang ubi di Situjuah Batua, Situjuah Limo Nagari, Payakumbuh pada hari sama mereka bertemu.


Ketua Polis Daerah Payakumbuh, Rosidi. - Kredit foto: Detik.com


Mayat Indah dibawa ke rumah mayat untuk dibedah siasat. Hasil daripada bedah siasat, terdapat kesan luka pada kemaluan dan dubur mangsa. Hasil bedah siasatan itu sekali gus menunjukkan mangsa telah diperkosa.

Lebih memeranjatkan, mangsa mati akibat dicekik dan kemudian mayatnya diperkosa. Alim akhirnya berjaya ditangkap dan sekiranya didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun.

Kisah ini boleh dijadikan teladan dan pengajaran buat anak-anak gadis agar jangan mudah terpedaya dengan pujuk rayu lelaki. Inilah kesan buruk akibat penyalahgunaan media sosial. - KitaReporters

2
1
4
2
2
You will be interested