Gaya Hidup 24 Jun, 2020

Hanya rakyat, pemastautin di Arab Saudi boleh tunaikan haji!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

PENGUMUMAN... Ibadat haji 1441 Hijrah/2020 Masihi hanya dibuka kepada rakyat Arab Saudi dan warga asing yang tinggal di negara itu sahaja. Keputusan ini diambil bagi menjaga kesihatan dan keselamatan awam selaras dengan ajaran Islam dalam mengekalkan nyawa manusia. Ibadat berkenaan akan berlangsung selama lima hari yang akan berakhir pada hujung Julai 2020. : KitaReporters

Baitullah Hilharam yang terletak dalam Masjidilharam, Mekah Al Mukaramah tempat tumpuan umat Islam semasa mengerjakan tawaf yang menjadi antara rukun dalam ibadat haji dan umrah. - Kredit foto: TV Al Haramain.


Pengumuman ini dibuat oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan yang memang ditunggu-tunggukan dunia Islam dengan memutuskan bahawa musim haji tahun ini akan tetap diteruskan dalam bilangan terhad dan sekala kecil sewaktu negara itu masih bergelut dengan wabak pandemik COVID-19 di mana kes jangkitan meningkat. 

Admin Makkah Kenangan Terindah, Syaharuddin Shahari dan Salimah Hasim dalam media sosialnya pada Selasa, 23 Jun 2020 menyatakan pengumuman Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mengejutkan itu dibuat sekitar jam 9.00 malam waktu tempatan (Arab Saudi) pada Isnin, 22 Jun 2020 dalam satu siaran ' breaking news' di TV negara itu.

Menurut pengumuman itu, hanya rakyat Arab Saudi dan pemastautin negara itu yang memegang iqamah (kad pengenalan) sahaja yang dibenarkan menunaikan haji tahun ini.

Sehubungan itu, sekali gus ini bermakna ibadat haji antarabangsa tahun 2020 ditangguh ke tahun hadapan.

Sementara itu, menurut agensi berita Saudi, ,keputusan ini adalah yang pertama kali dalam sejarah moden Arab Saudi bahawa negara itu melarang umat Islam dari luar negara daripada mengerjakan haji.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada kenyataan itu berkata, ibadat berkenaan akan dibuka kepada pelbagai warga negara yang sudah berada di Arab Saudi, bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah bilangan jemaah haji yang terlibat.

Dua kota suci umat Islam, Mekah Al Mukaramah (kiri) dan Madinah Al Munawarah (kanan) menjadi tumpuan umat Islam semasa mengerjakan ibadat haji setiap tahun sebelum ini. - Kredit foto: TV Al Haramain 


Dalam pada itu portal The Guardian berkata, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang mengawal selia ibadat rukun Islam kelima umat Islam, para jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji perlu mengamalkan penjarakan sosial selain mematuhi SOP ketat yang ditetapkan dalam usaha melindungi antara satu sama lain.

Syahruddin Shahari dan Salimah Hasim merupakan pelajar Universiti Umul Qura di Mekah berkata, sungguh pun Kementerian Haji dan Umrah negara itu mengizinkan mereka yang berada di Arab Saudi melaksanakan ibadat haji, quota bagi setiap syarikat haji di negara itu sangat terhad hanya 40% sahaja daripada jumlah kebiasaan ditetapkan bagi setiap syarikat. 

"Kami pasti pihak Arab Saudi juga akan memberikan garis panduan yang ketat dan teliti bagi memastikan  wabak pandemik COVID-19 tidak menular dalam kalangan jemaah haji," tulis mereka dalam FB mereka di https://www.facebook.com/groups/802173906932486.

Kota Mekah al-Mukaraamah merupakan salah satu daripada dua kota suci umat Islam yang menjadi tumpuan setiap tahun sebelum ini untuk mengerjakan ibadah haji - Kredit foto: tv Al-Haramain. 


"Berita ini kami pasti khabar gembira bagi seluruh rakyat dan pemastautin di Arab Saudi, namun ia agak mendukacitakan bagi mereka dari luar negara, lebih-lebih lagi bagi mereka di mana nama telah terpilih untuk menunaikan ibadat berkenaan pada 1441 Hijrah," ujarnya.

Bagi beliau, musim haji 1441 Hijrah/2020 Masihi bakal menjadi ibadat haji norma baharu dan masih menjadi tanda tanya bagaimana ia dilaksanakan.

Keputusan melaksanakan ibadah haji ini diambil ketika Kerajaan Arab Saudi masih bergelut menangani jangkitan COVID-19 yang kini semakin meningkat dengan jumlah kematian lebih 1,300 orang dan kes positif seramai lebih 164,000 orang iaitu yang tertinggi di rantau Teluk.


Sekali pun kes berkenaan meningkat, Kerajaan Arab Saudi pada Ahad, 21 Jun 2020 lalu bertindak menamatkan perintah berkurung di seluruh negara dan membenarkan pembukaan perniagaan termasuk panggung wayang dan tempat-tempat hiburan. 

Ibadat Haji 1441 akan berlangsung selama lima dan akan berakhir pada penghujung Julai 2020 depan. 

Tahun lalu, sahaja sejumlah 2.5 juta umat islam mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah, termasuk 30,000 jemaah haji daripada Malaysia.

Bagaimana pun berikutan ibadat tersebut hanya dibuka kepada penduduk di Arab Saudi dan pemastautin di negara itu, seramai 31,600 bakal jemaah haji Malaysia terpaksa menunda ibadat haji mereka ke tahun hadapan. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Jangan terlalu seronok! Dapat lebih RM12j, filem Mat Kilau belum dapat balik modal! Kenapa?

Mawi keluarkan butir kutipan yang perlihatkan hasil kutipan tiket lebih untungkan pemilik pawagam. Selain itu, menurut Mawi, sesebuah filem dikenakan cukai 25%

Video| Ke laut! Rosak lagu Tiara! Sedap ketika rekod tapi lain pula jadinya apabila nyanyi live!

Ketika rekod kedengaran sedap namun bila nyanyi live di depan penonton terus ke laut kedengarannya. Itu yang terjadi kepada penyanyi muda Indonesia, Raffa Affar
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Hebat dan berani! Petani berjaya tangkap buaya ganas 1 tan! Hanya guna tali nilon sahaja!

Petani, Pak Usman, 53, dari Desa Ambuau Indah, Buton, Sulawesi gunakan beberapa utas tali nilon sahaja dan berjaya tangkap seekor buaya seberat hampir satu tan
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 9 hours ago

Ni M Daud Kilau bukan Mat Kilau! Jiwa seninya masih kuat, membara! Rindu buat persembahan pentas!

Rindu nak kembali adakan persembahan. Saya rindu nak ke pentas, saya rindukan peminat, baju labuci saya. Lima tahun hidap penyakit kencing manis - M Daud Kilau
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Semoga segera sembuh! Ronnie Hussein kemalangan basikal! Kena 6 jahitan pada dahi, pipi!

Penyanyi Ronnie Hussein terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal berhampiran Puteri Harbour, Johor Bharu dan terima 6 jahitan pada bahagian dahi dan pipinya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago