Seni & Sukan 09 Apr, 2020

ORANG NOGORI, SILA DENGAR INI!! JANGAN DOGI!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

SETAKAT 8 April 2020, terdapat beberapa negeri di Malaysia yang sudah berada dalam Zon Merah yang membawa maksud sesuatu kawasan itu telah mencatat kes COVID-19 melebihi 41 orang ke atas. Antara negeri yang kini berada dalam zon merah adalah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. : KitaReporters

Jumlah terkini kes COVID-19 mengikut negeri-negeri di Malaysia setakat 8 April 2020. - Kredit kepada CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia. 


Memandangkan Negeri Sembilan juga kini berada di zon merah, ia telah mendapat perhatian penyanyi anak jati negeri itu sendiri iaitu Dato Hattan.  

Dalam video yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya (https://www.facebook.com/Dato-hattan-286086681541039/), beliau dilihat memberi nasihat kepada orang ramai khususnya penduduk di negeri itu dan apa yang menarik, beliau menyampaikan nasihat itu dalam loghat Negeri Sembilan.

"Assalamualaikum, ini khusus untuk orang Negeri Sembah janganlah tongka, janganlah degil, ini kat senawang itu, saya tahu dekat senawang tu. 

Macam hari biasa tak ada langsung banyak ja kereta macam tak ada covid pula, jangan lah, malu negeri sembilan jadi mcm tu." 


Seperti tajuk lagu Rembau Most Wanted nyanyian WARIS, kini keadaan itu benar-benar menjadikan daerah Rembau antara daerah "most wanted" yang mencatat kes COVID-19 melebihi 41 kes selain daerah Seremban yang harus diberi perhatian. 

"Janganlah degil!!"

Beliau juga menyeru penduduk di Negeri Sembilan agar mematuhi nasihat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta beri kerjasama yang baik. 

"Tak ada dalam sejarah solat raya di rumah.

"Kesianlah diorang, diorang pun ada anak bini tak nak jaga kita ja balik balik macam budak budak pula tak pandai langsung nak balik rumah

"Janganlah buat degil, kalau tidak ini, sembayang dekat rumah nanti.

"Tidak pernah dalam sejarah sembayang raya dekat rumah, ini untuk orang Negeri Sembilan ingat nie dengar nie." kata Dato Hattan dalam videonya itu.

Video Mahligai syahdu nyanyian Dato Hattan satu ketika dahulu. - Kredit IG: Dato Hattan. 


"Nak sihat dengar nasihat" penyanyi yang popular dengan lagu 'Mahligai Syahdu' itu mendapat respons yang positif daripada pengikut dalam FB miliknya.

Mereka juga dilihat membalas komen Dato Hattan dalam loghat Negeri Sembilan.



2
0
0
0
0
You will be interested