Seni & Sukan 01 Apr, 2020

COVID-19: FAKE!! PASAR CHUKAI TIDAK DITUTUP!!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

KESEMPATAN dalam kesempitan. Itu antara situasi berlaku kini pada saat negara sedang berdepan Covid-19 kerana selain individu tidak bertanggungjawab menjual barang dengan harga mahal tidak masuk akal, berita- berita palsu juga saban hari berlegar dalam media sosial. : KitaReporters

Pemakluman berhubung berita penutupan Pasar Chukai bermula 1 April 2020 adalah tidak benar. 


Pasar Chukai yang terletak di Bandar Chukai, Kemaman tidak terkecuali setelah tular dalam laman sosial menyatakan pasar berkenaan ditutup operasinya bermula 1 April 2020.

Bagaimanapun, berita penutupan itu cuma satu berita palsu sebaliknya masih beroperasi seperti biasa sebagaimana ditetapkan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II bermula 1 April hingga 14 April 2020.

Menerusi satu makluman dalam laman web Majlis Perbandaran Kemaman (http://mpk.terengganu.gov.my/) memaklumkan berita mengenai penutupan Pasar Chukai bermula pada 1 April 2020 yang mula tersebar adalah tidak benar.

Malah, pihak berkuasa tempatan berkenaan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman tidak mengeluarkan sebarang arahan penutupan pasar berkenaan dan pasar berkenaan masih beroperasi.

Bagaimanapun, bagi mengekang wabak Covid-19, beberapa prosedur perlu dipatuhi pengunjung iaitu perlu berada pada jarak satu meter antara satu lain serta dihadkan hanya 30 orang sahaja berada di dalam pasar pada satu-satu masa.


Orang ramai boleh hubungi nombor yang tertera bagi sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kemaman. 

Selain itu, kawalan keluar masuk ke dalam pasar diperketatkan iaitu hanya satu pintu untuk masuk dan begitu juga bagi pintu keluar. - KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested