Seni & Sukan 21 Apr, 2020

JADI YOUTUBER?? NAK BERJAYA, BUAT SEKARANG!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Hendak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih!! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!! Itulah peribahasa yang boleh kita gambarkan bagi mereka yang ingin berjaya dengan usaha tanpa mengenal erti kegagalan. Dengan berusaha, kejayaan pasti akan datang. Buktinya? Kita boleh melihat orang sekeliling kita yang sudah berjaya, apakah kejayaan mereka selama ini hanya sekadar menunggu 'bulan jatuh riba'. : KitaReporters


Untuk berjaya bukan sesuatu yang mudah namum tidak mustahil bagi mereka yang percaya akan diri sendiri kerana di situ terletaknya kunci kejayaan bagi orang yang sentiasa berusaha.


Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan 


Sebahagian rangkap daripada lirik lagu FIKIRAN BOLEH dan ia amat sesuai dijadikan sebagai motivasi kepada orang ramai untuk capai kejayaan. 

Dd Chronicle jadikan rumahnya sebagai 'mini studio' sebelum beliau muat naik video ke channel YouTube miliknya. 


Pemilik akaun Facebook, Azri Walter memberikan beberapa tip bagi mereka yang ingin membina nama dalam sesuatu bidang

Beliau jadikan contoh Dd Chronicle sebagai YouTuber yang berusaha mencapai kejayaan dan menjadi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia ketika ini. 

Antara tip beliau adalah pertama mestilah jenama itu sendiri. 

Jenama atau nama yang ingin digunakan harus mempunyai kekuatan tersendiri kerana bila orang ramai sebut sahaja, orang akan tahu siapa pemiliknya. 

Itu yang dilakukan oleh sebahagian besar orang yang berjaya di dunia ini.


Kedua, seseorang yang ingin berjaya harus tahu kekuatan diri sendiri kerana ini sangat penting dan ini juga merupakan senjata utama bagi mencapai kejayaan. 

Setiap daripada kita pasti akan ada kekuatan atau kelebihan berbanding dengan orang lain. Maka harus bijak menggunakan kekuatan kita itu sebagai peluru utama.

Seterusnya, usah tangguh sesuatu pekerjaan itu sebaliknya terus bertindak untuk langkah pertama, kedua dan seterusnya. 

Jangan kita hanya berbicara itu dan ini serta inginkan kejayaan demi kejayaan tetapi masih belum melakukan apa-apa tindakan. 

Ianya sama lah seperti 'tin kosong'. Sebaliknya kita harus jadi seperti 'diam-diam ubi berisi' 



Yang keempat, bagi yang ingin menjadi Youtuber atau perniaga atau apa sahaja, mereka harus peka dengan keadaan sekeliling dan harus mengetahui isu semasa ketika itu. 

Perkara ini sangat penting kerana orang yang bijak mengampil peluang ini sentiasa di hadapan. 

Sebaliknya mereka yang gagal memanfaatkan keadaan ketika itu akan ketinggalan. 

Akhirnya sekali, kesabaran. 

Nampak mudah tetapi hanya mereka yang berjiwa kental serta mempunyai semangat juang tinggi inilah mampu bertahan lama. 

Kejayaan itu tidak datang begitu sahaja sebaliknya berkat kesabaran serta usaha demi usaha akan membuahkan hasil. Biar lambat, asal selamat. Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

Rata-rata netizen memuji tip yang diberikan oleh Azri Walter ini dan mereka juga terhibur dengan video milik Dd Chronicle. - KitaReporters



 

2
0
0
0
0
You will be interested