Seni & Sukan 02 Feb, 2022

Wanita pengsan dua kali sebab kena sebat! Disebat 100 kali kerana berzina! Pasangan juga disebat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

kredit foto : Serambinews.com


DIANA Sari, seorang wanita di Aceh Barat, Indonesia, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan zina  dengan pasangannya, jatuh pengsan sebanyak dua kali ketika menjalani hukuman sebatan dengan rotan sebanyak 100 kali di hadapan khalayak ramai di halaman Kejaksaan Negeri Aceh Barat di Meulaboh pada Selasa 25 Januari 2022.

Awalnya Diana didapati pengsan lalu jatuh tersungkur di atas pentas selepas dia disebat 17 kali menyebabkan hukuman sebatan selanjutnya pada dirinya dihentikan buat sementara waktu untuk memberi ruang pasukan petugas perubatan memeriksa kesihatan terhadap wanita itu.


 Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan hukuman disebat



DIANA Sari dua kali pengsan semasa disebat 100 kali akibat melakukan zina pada 2021. - Kredit foto: Serambinews.com


Bagaimanapun, hukuman sebatan itu diterus semula untuk mencukupi jumlah 100 kali sebaik sahaja kesihatan Diana pulih dan normal.

Namun wanita itu didapati sekali lagi pengsan selepas selesai menjalani hukuman 100 sebatan itu yang turut dikenakan ke atas pasangannya, Fajar Wibowo juga disebat 100 kali.

Ketika Diana jatuh pengsan itu, terdengar suara seorang wanita dipercayai ibu Diana yang menjerit dan menangis apabila melihat Diana tidak sedar diri di atas pentas selepas disebat.

Selain pengsan dua kali, wanita itu yang tidak diketahui statusnya sama ada janda atau gadis, dia turut menangis kesakitan semasa hukuman sebat dijalankan.


DIANA Sari jatuh tersungkur dan pengsan kali pertama di atas pentas selepas disebat 17 kali. - Kredit foto: Serambinews.com


Mahkamah Syariah Aceh Barat mendapati mereka bersalah melakukan perbuatan zina di Losmen Wisma Permata Bunda pada 2021 dan kedua-dua pelaku itu didakwa di bawah Kanun Nombor 6 Tahun 2014 Tentang Hukum Jenayah.

Memetik laporan Serambinews.com pada 25 Januari 2022, selain dua pelaku terbabit terdapat dua lelaki lain iaitu Agus Salim dan Mahdi yang turut dikenakan hukuman sebat 100 kali setiap seorang

Kedua-dua lelaki itu didapati bersalah kerana bershubahat menyediakan tempat dan bilik di wisma tersebut kepada Diana dan Fajar sehingga mereka berdua boleh melakukan perbuatan zina. 



Kredit foto : Serambinews.com


Sementara itu, Ketua Kejaksaan Negeri Aceh Barat, Firdaus berkata, perlaksanaan hukuman sebat seperti itu bagi menghindari setiap umat Islam di wilayah itu tidak melakukan perbuatan serta kegiatan-kegiatan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Beliau berkata, sebelum itu keempat pelaku terbabit telah menjalani hukuman penjara selama lima bulan di Lapas Kelas 11B Meulaboh.

Menurutnya, walaupun pelaku berkenaan dikenakan hukuman penjara tetapi mereka tidak terlepas juga dari hukuman sebat 100 kali setiap seorang yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.


PETUGAS perubatan mengusung Diana yang pengsan selepas disebat untuk diberi rawatan selanjutnya di halaman Kejaksaan Negeri Aceh Barat di Meulaboh pada 25 Januari 2022. - Kredit foto: Tribunnews.com


‘’Hukuman sebat yang dilaku di khalayak ramai selama ini bukanlah bertujuan untuk memalukan diri pelaku terbabit.

‘’Sebaliknya, ia diharap dapat memberi contoh serta pengajaran kepada masyarakat supaya mereka tidak mudah melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama Islam,’’ katanya.

Hukuman sebat itu disaksikan oleh beberapa ketua jabatan yang berkaitan termasuk Ketua Polis Daerah Aceh Barat, AKBP Andrianto Argamuda; Ketua Mahkamah Syariah dan Kalapas Meulaboh, Said Syahrul; serta berpuluh-puluh orang awam sekitar di daerah itu. - KitaReporters


PASANGAN Diana, Fajar Wibowo juga dikenakan sebat 100 kali akibat berzina dengan Diana. - Kredit foto : Serambinews.com

17
8
2
16
4
You will be interested