Gaya Hidup 23 Jan, 2022

Video| Bayi dikandung meninggal! Selepas ibu bersalin terpaksa diusung ke ambulans! Jalan licin!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

EMPAT pemuda bergotong royong mengusung wanita hamil melalui jalan berlumpur untuk dibawa ke Pukesmas Bingin Teluk, Sumatera Selatan. - Kredit foto : Tribunnews.com


DEMI menyelamatkan nyawa seorang wanita hamil yang hampir hendak bersalin, empat pemuda di Sumatera Selatan bergotong royong mengusung wanita itu melalui jalan berlumpur untuk dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Pukesmas) Bingin Teluk, Musi Rawas Utara (Muratara) pada 15 Januari 2022 lalu.

Tindakan pemuda terbabit berbuat demikian kerana ambulans dari Pukesmas itu tidak dapat memasuki ke rumah kediaman wanita itu yang bernama Rusmina, 40, tinggal di Dusun 7, Desa Beringin Makmur 11, Kecamatan Rawas Ilir, Muratara,  Sumatera Selatan akibat jalan berlumpur dan licin kerana hujan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan wanita hamil

Kredit foto : Tribunnews.com



Namun Rusmina yang hampir hendak bersalin itu terpaksa diusung sehingga sampai di jalan yang elok yang sudah ditunggu oleh ambulans dari Pukesmas itu.

Bagaimanapun, bayi dalam kandungan Rusmina itu meninggal dunia ketika wanita itu dalam perjalanan ke Pukesmas Bingin Teluk.

Dipetik dari Sripoku.com melaporkan beberapa kaum wanita dipercayai sanak saudara Rusmina berjalan kaki untuk mengikutinya yang sedang diusung itu.


BERKAKI ayam berjalan dalam lumpur untuk ke Pukesmas Bingin Teluk. - Kredit foto : Tribunnews.com



Sementara itu, Ketua Pukesmas Bingin Teluk, Dr. Hendra mengakui Rusmina diusung oleh pemuda terbabit sebelum diambil ambulansnya untuk dibawa ke Pukesmes.

Menurutnya, ambulans Pukesmas itu tidak dapat Rusmina di rumahnya kerana keadaan jalan berlumpur dan licin.

'’Jalan tanah merah itu, sebelum ini boleh dilalui sebarang kenderaan namun ketika ini musim hujan menyebabkan jalan tersebut telah menimbulkan kesulitan.

‘’Lantaran kesulitan jalan itu mengakibatkan kenderaan warga kampung dan ambulans kami juga tidak dapat melalui jalan tersebut,’’ katanya.

Dr. Hendra berkata, Rusmina sebelum itu dihantar ke Pukesmas Bingin Teluk tetapi dia tidak dapat melahirkan bayi secara normal menyebabkan wanita itu terpaksa dihantar ke Rumah Sakit Kota Lubuklinggau

‘’Di Rumah Sakit berkenaan, doktor mengesahkan bayi kandungan Rusmina telah meninggal dunia,’’ ujarnya. - KitaReporters


SANAK saudara Rusmina berjalan kaki diatas jalan berlumpur turut mengiringinya yang dibawa dengan pengusung ke Pukesmas Bingin Teluk. - kredit foto : Tribunnews.com 

8
11
1
13
0
You will be interested

Video| Mohon Perhilitan bantu selamatkan! Gajah berkeliaran di kawasan perumahan! Berhati-hatilah!

Tular video-video dalam Facebook paparkan gajah yang dilihat pijak pagar rumah penduduk dan berkeliaran di sebuah kawasan perumahan di Taman Seri Impian, Kluang

Keluarga Malaysia berpakaian tradisional! Majlis penutupan program Sambutan Bulan Kemerdekaan SPiRa!

Berpakaian tradisional pelbagai bangsa dan kaum Keluarga Malaysia jadi acara kemuncak majlis penutupan program Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Pintas Raya (SKPR)
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 17 hours ago

Pesta Berakit raikan 3 hari penting! Hari Malaysia, Hari Sungai Sedunia, Hari Pelancongan Sedunia!

Sebanyak 44 pasukan berakit ambil bahagian dalam acara Pesta Berakit Kuala Krai 2022 yang berlangsung selama 2 hari pada 16-17 Sept 2022 di Dabong, Kuala Krai
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Tahniah Noraniza! Cipta rekod MBOR! 565 penari! Paling ramai buat persembahan irama Malaysia!

Noraniza Idris lakar sejarah apabila terima pengiktirafan MBOR apabia berjaya himpunkan jumlah penari paling ramai (565 orang) dalam persembahan Irama Malaysia
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 22 hours ago

Video| Danial minta maaf, reda dikutuk gagal hos GV9! Bidan terjun! Dapat skrip 2 jam sebelum show!

Danial minta maaf kepada peminat GV. Ada kata dia rosakkan program, anggap pengacara paling teruk. Dia reda dan jadikannya pengajaran untuk jadi hos lebih baik
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 23 hours ago