Seni & Sukan 30 Aug, 2020

Azhan Rani, Beto Kusyairy gementar! Dibayangi wabak COVID-19

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

DUA pelakon handalan yang terkenal dengan pembawakan watak realis, Azhan Rani dan Beto Kusyairy disatukan dalam sebuah karya berdasarkan kisah benar barisan hadapan (frontliners) yang berhadapan dengan wabak berbahaya COVID-19. Wah! Mesti hebat kan? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Astro:

https://kitareporters.com/search?search=astro


Filem televisyen (telefilem) atau FTV terbitan syarikat produksi D’Alphalegacy (M) Sdn. Bhd. dengan judul ‘Frontliner’ itu bakal meruntun hati penonton apabila ditayangkan menerusi platform Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober 2020 depan.

Walaupun kedua-dua pelakon ini hanya ‘bertemu’ pada satu babak sahaja secara kebetulan, namun gabungan kedua-duanya pasti menarik perhatian peminat masing-masing apatah lagi bagi barisan hadapan  yang berhadapan situasi sama.



“Saya dapat rasakan betapa sukarnya bagi seseorang petugas barisan hadapan yang terpaksa menyarung  sut peralatan perlindungan diri atau PPE selama berhari-hari sedangkan pengalaman saya memakainya selama 3 jam pun sudah azab rasanya, “ luah Azhan Rani terhadap pengalaman sama yang dilalui apabila memegang watak sebagai Dr. Azhan.

Menurut Azhan yang ditemui pada majlis prapelancaran ‘Frontliner’ di Big Boss, Publika, Kuala Lumpur, dengan pengalaman yang dilalui sehingga tidak cukup tidur dan diselubungi sut yang amat panas, begitu menginsafkan dirinya betapa COVID-19 benar-benar menakutkan.

“Saya dapat rasakan bagaimana pasukan frontliners itu mengharungi kesukaran. Mereka bukan sahaja berhadapan wabak berbahaya tetapi terpaksa pula berpisah sekian lama dengan keluarga,” cerita Azhan yang akui rasa gentar setiap kali melakukan pemeriksaan terhadap pesakit COVID-19, walaupun hakikatnya ia sekadar lakonan.


Seperti Azhan yang  gementar, begitu juga dirasai rakan seperjuangannya, Beto Kusyairy yang memegang watak sebagai Inspektor Zul, seorang pegawai polis yang bertugas semasa tempoh kritikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bersama Inspektor Nasir (lakonan Achey).

Konflik bermula apabila isterinya, Nadia (lakonan Farah Ahmad) yang mula dilanda tekanan perasaan dan anaknya, Shamsul yang degil dan sering melanggar arahan PKP. 

"Cabaran utama saya apabila perlu menggambarkan seseorang yang mewakili badan beruniform sedia ada. Saya perlu adil kepada mereka untuk mengangkat mereka dan dalam waktu sama bercerita pada penonton bahawa mereka tetap orang biasa, sama macam kita, ada tanggungjawab, ada famili yang perlu difikirkan, ujar Beto.

Baik Azhan atau Beto, kedua-dua mereka akui banyak belajar perkara baharu ketika melakonkan watak masing-masing dan sehubungan itu, mahu berpesan kepada masyarakat agar melihat pandemik COVID-19 ini sebagai satu wabak yang berbahaya dan mengambil langkah serius dalam mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan agar penularan virus itu dapat diputuskan.


Majlis prapelancaran ‘Frontliner’ arahan pengarah Razif ‘Ajiboy’ Rashid (tengah) turut dihadiri barisan pelakon lain antaranya seperti Achey, Wan Maimunah, Black dan Farah Ahmad termasuk penerbitnya, A’minahtul Marrdiah (enam dari kiri) yang juga bertindak sebagai penulis skrip ‘Frontliner’.

Sementara itu, single terbaharu Black berjudul ‘Sabar’ turut diangkat sebagai lagu tema untuk FTV ‘Frontliner’ di mana penggambaran muzik video ini dijalankan pada masa yang sama sewaktu penggambaran ‘Frontliner’ sedang dilaksanakan. 

Sabar ya ...kita dengar dahulu video muzik lirik lagu ini sebelum video muzik penuhnya dilancarkan! - KitaReporters



2
3
0
0
0
You will be interested