Nikita membalas ucapan Indra dalam majlis pertunangan Ahad lalu. - Kredit foto: Detik.com
Lagi cerita-cerita dari Indonesia:
https://kitareporters.com/tag/Indonesia
Menurut Nikita (Nikita Purnama Willy) dia bersetuju menerima lamaran itu sebagai memenuhi wasiat ayahnya Henry Willy yang meninggal dunia pada Mei 2020 lalu akibat serangan jantung yang mahu dia cepat berkahwin.
Indra Priawan adalah kawan lama sejak empat tahun lalu dan tidak disangka melamarnya ketika majlis ulang tahun ke 26-nya pada 26 Jun 2020 lalu.
Setelah mengetahul Indra diri Indra sejak empat tahun lalu dan keseriusannya, Nikita yakin Indra mampu menjadi imam yang baik baginya.
Pihak keluarga Nikita Willy hanya mengundang beberapa petugas media kerana majlis pertunangan itu kena mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan.
Ketika Indra meminta izin menikahi Nikita, dia terlihat tersedu dengan kata-kata tersekat-sekat.
Setelah mendengar ucapan Indra, Nikita menjawab permintaan kekasihnya itu.
"Indra, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana beberapa bulan lalu anda menyetujui dengan keputusan saya untuk tidak berpacaran, dan untuk mengikuti amanah daripada Allahyarham ayah saya," kata Nikita Willy.
Dalam majlis pertunangan itu Indra memberikan kalung emas kepada Nikita.
Dia tidak memberi cincin kerana sudah memberikannya kepada Nikita ketika sama-sama bercuti di luar negara pada tahun 2019 lalu.
Ramai beranggapan tarikh yang dipilih ialah Sabtu 10/10/2020. - KitaReporters