Seni & Sukan 02 Jun, 2021

PKP 3.0: Terengganu lancar program bantuan BERKAT 3.0! MB dan Exco Negeri sumbang sebulan gaji!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


KERAJAAN Negeri Terengganu yang merasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang  dijangka berlanjutan telah mengambil tindakan melancarkan program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 3.0 (BERKAT 3.0) secara bersasar bagi mengurangkan beban golongan rakyat negeri itu yang terjejas akibat  perintah tersebut.

Program tersebut sebahagian usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat berikutan penutupan beberapa sektor ketika pelaksanaan Sekatan Penuh Pergerakan (SPP) atau total lockdown semasa PKP 3.0 yang bermula pada 1 Jun 2021.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dicapai melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa 2 Jun 2021


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bantuan ekonomi


Katanya, menerusi program itu kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan RM200,000 bagi setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  yang akan diagihkan secara dua fasa.

“Oleh itu, bantuan secara bersasar yang berjumlah RM200,000 akan diagih kepada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ini meliputi 32 DUN dengan jumlah keseluruhan RM6,400,000 yang akan diagihkan secara dua fasa,” katanya ketika melancarkan BERKAT 3.0 pada Selasa 2 Jun 2021.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri  juga bersetuju memberi penangguhan atas sewaan premis perniagaan milik Kerajaan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bulan Jun dan Julai 2021.

Beliau berkata, ia tertakluk kepada premis perniagaan yang terkesan akibat penutupan ekonomi berikutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, dan premis-premis dengan kadar sewa tidak melebihi kadar sewaan RM5,000 sebulan kecuali sewaan tapak menara telekomunikasi.

Manakala, peminjam Yayasan Terengganu (YT)  yang berpendapatan bawah RM2,500 juga diberi pilihan untuk memohon moratorium selama tiga bulan.



Ahmad berkata, sebagai tambahan, sebulan gaji Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri akan dipotong dan dimasukkan ke dalam Tabung COVID-19 Terengganu. Penjawat awam juga turut bersama menyumbang melalui potongan elaun mereka.

“Setiap usaha Kerajaan Negeri adalah sebagai nilai tambah untuk mengurangkan impak sosioekonomi rakyat yang terkesan ketika ini,” katanya.

Beliau turut menyeru agar semua rakyat Terengganu bersatu hati dalam tempoh yang kritikal ini, kerana setiap langkah dan pematuhan arahan dan SOP amatlah signifikan untuk mengatasi pandemik COVID-19 yang semakin serius. 

Sehubungan itu, Menteri Besar turut menyeru rakyat negeri agar mendaftar  untuk menerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). - KitaReporters


 

 

 

8
1
1
0
1
You will be interested