Seni & Sukan 02 Mar, 2022

Yang Dipertuan Muda Terengganu praktikkan Keluarga Malaysia! Santuni mangsa banjir Hulu Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan sumbangan kepada seorang mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut.


KESEDIHAN mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut, Terengganu,yang masih berada di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di masjid dan sekolah kampung itu terubat apabila mereka dikunjungi Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin

Meskipun masih bersedih dengan kejadian banjir yang melanda kampung itu menyebabkan rumah mereka ditenggelami air namun perasaan tersebut bertukar gembira dengan kehadiran seorang putera Sultan Terengganu ketika penduduk berhadapan dengan musibah.


Lagi cerita-cerita tragedi berkaitan mangsa banjir

Sebahagian mangsa banjir di PPS Kampung La, mendengar taklimat oleh Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia 


Keberangkatan Tuanku ke kampung tersebut yang diiringi Pegawai Daerah Besut, Ahmad Farhan Abd Wahab disambut gembira oleh penduduk kerana dapat melihat Tuanku secara lebih dekat. 

Tengku Muhammad Ismail turut mengambil peluang beramah mesra dengan beberapa mangsa banjir selain mengurniakan sumbangan barangan makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir terbabit.


Tengku Muhammad Ismail (lima dari kiri) mengambil peluang bergambar kenangan dengan mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung La.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung La, Abdul Razak Laboh berkata, keberangkatan Yang Dipertuan Muda Terengganu menemui mangsa banjir di kampung itu bukanlah kali pertama dilakukan oleh keluarga Sultan Terengganu.

Katanya, sebelum ini Sultan Terengganu sejak dari dahulu lagi sering berangkat menemui penduduk di kampung tersebut yang terletak dipedalaman Hulu Besut.

Beliau menambah, sempena keberangkatan Tengku Muhammad Ismail pada Selasa, 1 Mac 2022 lalu, seramai 80 mangsa banjir yang masih berada di dua  PPS kampung itu masing-masing menerima sumbangan daripada baginda sendiri.  



Abdul Razak berkata, penduduk kampung itu itu tidak menyangka bencana banjir kali ini berlaku di luar musim tengkujuh apabila ia berlaku pada bulan Februari 2022. 

“Jika sebelum ini banjir biasanya berlaku pada November atau Disember pada setiap hujung tahun tetapi kali ini ia diluar jangkaan,”katanya. - KitaReporters


Warga Emas Mat Rashid Ibrahim menerima sumbangan daripada Tengku Muhammad Ismail.

10
21
1
15
1
You will be interested