Seni & Sukan 17 Feb, 2022

Video| Dorce Gamalama dikebumikan secara seorang lelaki! Meskipun hidupnya sebagai transgender!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SELEBRITI terkenal Indonesia, Dorce Gamalama, 58, yang diketahui seorang transgender dan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi waktu tempatan di Jakarta, semalam, Rabu, 16 Februari 2022, telah dikebumikan sebagai lelaki.

Sebelum ini Dorce pernah berwasiat untuk dikebumikan secara wanita namun ia tidak dapat ditunai kerana mengikut tuntutan agama. Perkara in disahkan oleh keluarganya.


Lagi cerita-cerita duka mengenai mereka yang meninggal dunia


Dorce tidak pernah menafikan dirinya trangender dan menjalani kehidupan sebagai wanita selama menjadi selebriti dan berpakaian seperti wanita dan membahasakan dirinya ‘Bonda’

Bagi merasa dirinya sebagai wanita sebenar, Dorce mengambil tiga orang anak angkat yang dipeliharanya sebagai anak sendiri

Nama asal Dorce ialah Dedi Yuliardi Ashadi dan dilahirkan pada 21 Julai 1963 di Solok, Sumatera Barat. Dia berketurunan oang Minangkabau. 

Kerana ingin menjadi insan seni berjaya, Dorce berhijrah ke Surabaya kemudian Jakarta. Dia mampu menguasai beberapa ahasa daerah di Indonesia dan ia banyak membantu kerjaya seninya.



Ketika di Surabaya, pada 1998, Dorce cuba melakukan pembedahan menukar kelamin. Namun kerana terlalu berisko, pembedahan tidak diteruskan.

Bagaimanapun jiwa wanita Dorce tetap menebal menyebabkan dia menggunakan kaedah perubatan hormon untuk lebih merasa jiwa wanita.

Kemunculan Dorce dalam perada seni Indonesia dengan personaliti sebagai transgender dapat diterima masyarakat Indonesia. Ini memudahkan Dorce untuk mengecap populariti.

Dari menjadi penyanyi, Dorce mencuba bidang lakonan dan berjaya memegang peranan utama dalam tahun 1990-an dengan beberapa buah filem mengguna namanya sebagai permulaan jodol menjadikan filem-filem Dorce menjadi bualan sekitar tahun 1990-an.

Kemudian dia meneruskan karier sebagai pelawak dan hos program hiburan.

Kerana kepetahannya bercakap dan berlawak dalam program ‘Dorce Show’ dari 2001 hingga 2009 dan dipanggil sebagai Oprah Winfrey Indonesia.


Setelah menunai haji, Dorce menambah namanya menjadi Dorce Gamalama Halimatussadiyah. Setelah berjaya hidup sebagai artis, Dorce menggunakan kewangannya untuk tujuan amal.

Ia termasuk membina rumah anak yatim yang boleh dihuni hingga 300 anak yatim. Dia juga mewakafkan sebuah masjid dikenali sebagai Masjid Al Hayya 63, Lubang Buaya, Jakarta Timur.



Sejak beberapa tahun lalu, kesihatannya memburuk dengan mengalami beberapa penyakit. Sejak 2020, Dorce dikesan mempunyai penyakit seperi ginjal, diabetes dan demensia Alzheimer.

Akibatnya dia beberapa kali keluar masuk hospital. Kerana sudah lama tidak bergiat dalam kerjaya seni dan sering keluar masuk hospital dia menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa meminta derma.



Kira-kira tiga minggu lalu, Dorce dimasukkan ke Hospital Pertamina, Jakarta kerana terkena jangkitan Covid-19 dan meninggal ekoran pandemik tersebut

Kerana dijangkiti Covid-19, jenazah Dorce disolat dengan diletakkan di dalam ambulans

Jika mengikut amanat Dorce, dia meminta jenazahnya dikebumi di kawasan yang diwakafkannya. Namun kerana dijangkiti Covid-19, jenazah Dorce terpaksa dikebumikan ikut protokol Covid-19  di tanah perkuburan Bambu Apus, Jakarta Timur.

Kepermergian Dorce dirasai dunia seni Indonesia dengan kemampuan berlawak dan menjadi hos secara bersahaja dan mampu menyanyi pelbagai bahasa. Dia dianggap artis serba boleh Indonesia. - KitaReporters



6
14
0
21
0
You will be interested