Gaya Hidup 17 Feb, 2021

Buku untuk anak yatim, asnaf! Zaidi bantu Cikgu Bob cari dana bagi kerja amal di Batu Pahat!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


HAMPIR 1,000 anak yatim dan asnaf yang belajar dalam Tahun Empat, Lima dan Enam di 29 sekolah rendah sekitar Batu Pahat, Johor, menerima sumbangan buku viral, Bahasa Melayu Bersama Cikgu Bob bagi meningkatkan penguasaan berkaitan tatabahasa.

Paling bermakna apabila buku itu adalah hasil sumbangan serta tajaan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Jappar yang prihatin untuk membantu meningkatkan taraf pendidikan anak penduduk di daerah berkenaan dalam kalangan anak yatim dan asnaf bersempena Program ZD Peduli Istimewa Untuk Anak Yatim dan Asnaf.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Cikgu Bob:

https://kitareporters.com/search?search=cikgu+bob




Cikgu Anuar Ahmad yang lebih dikenali dengan nama Cikgu Bob, berkata dia begitu terharu apabila Zaidi menyampaikan hajat untuk mendapatkan buku viral berkenaan sebanyak mungkin bagi diedarkan kepada murid dalam kalangan anak yatim dan asnaf di Kampung Seri Aman, Rengit; Kampung Sungai Ayam, Senggarang; dan di sekitar bandar Batu Pahat pada 10 Februari 2021 lalu.

Menurutnya, selepas melihat buku berkenaan terlebih dahulu, Zaidi berasa bahan pembelajaran  itu amat berguna untuk dimanfaatkan kepada anak yatim dan asnaf kerana boleh dijadikan rujukan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan daripada merebaknya pandemik Covid-19.


Buku itu akan membantu murid dalam kalangan anak yatim dan asnaf sebagai bahan rujukan apabila mengikuti PdPR.


Katanya, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Zaidi antara pemimpin masyarakat di daerah berkenaan yang sentiasa mengambil berat masalah penduduk termasuklah mengenai keperluan pendidikan anak yatim dan asnaf.

“Zaidi turut melahirkan hasrat untuk menyumbangkan ‘tablet’ untuk kemudahan anak yatim dan asnaf mengikuti PdPR di samping mendapatkan pelbagai maklumat dan bahan pembelajaran secara online sedikit masa lagi,” jelas Cikgu Bob.


Di samping buku, Zaidi turut mengagihkan barangan keperluan dapur kepada keluarga anak yatim dan asnaf.


Cikgu Bob yang mengiringi Zaidi menyampaikan buku-buku berkenaan kepada anak yatim dan asnaf, berkata dalam kunjungan itu Zaidi turut mengagihkan barangan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan sebagainya kepada keluarga murid terbabit.

Menurut Guru Penolong Kanan 1, Sekolah Kebangsaan (SK) Pintas Raya, Batu Pahat itu, sikap ambil berat Zaidi itu turut menyuntik semangat dia untuk meneruskan kelas online percuma kepada anak yatim dan asnaf seperti yang sering dilakukan sebelum ini.


Cikgu Bob turut membantu Zaidi mengagihkan buku-buku ke beberapa sekolah terpilih yang memiliki murid dalam kalangan anak yatim dan asnaf.


“Saya juga bercadang untuk menulis banyak lagi buku Bahasa Melayu khusus untuk sekolah rendah supaya menjadi bahan rujukan berguna apabila murid mengikuti pengajian secara PdPR dan berharap memperoleh dana bagi menyempurnakan hasrat ini,” kata beliau.


Zaidi turut menyumbang limau Mandarin, kuih bulan dan angpau kepada penduduk keturunan Tionghoa yang menyambut Tahun Baharu Cina.


Sementara itu, dalam majlis bersaingan pada12 Februari 2021 lalu, Zaidi bersama Ahli Jawatankuasa UMNO, PAS, MCA dan MIC menyantuni cawangan-cawangan MCA di Parlimen Batu Pahat membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit, Senggarang dan Penggaram serta penduduk keturunan Tionghoa yang menyambut Tahun Baharu Cina. 

Zaidi bersama rombongan mengagihkan beberapa kotak limau Mandarin, kuih bulan dan angpau kepada penduduk yang memerlukan bantuan kerana pelbagai masalah termasuk yang terkesan berikutan PKP.

Majlis ziarah itu turut mendapat kerjasama daripada Ketua Bahagian MCA Batu Pahat, Kang Beng Kuang yang sentiasa memberikan sokongan bagi mengeratkan semangat perpaduan dan permuafakatan antara kaum di daerah berkenaan.


Zaidi bersama-sama Ahli Jawatankuasa UMNO, PAS, MIC dan MCA mengunjungi penduduk keturunan Tionghoa yang menyambut Tahun Baharu Cina di kawasan DUN Rengit, Senggarang dan Penggaram.

11
6
0
0
0
You will be interested

Lebih 30 tahun tak bertemu! Reunion satukan semula Aku Budak Sempang! Bersahabat sejak 1960-an!

Kumpulan sahabat Aku Budak Sempang (ABS) Sempang Tajung Kling, Melaka, lahir 1960-an, berjaya adakan reunion selepas hampir 30 tahun tinggalkan kampung halaman

Rosdi Ismail in Gaya Hidup 23 hours ago

Video| Terlupa ambil kad ATM, wanita hilang duit pencennya! Anak rayu tularkan gambar insiden!

Akibat terlupa untuk ambil kad ATM selepas keluarkan wang, seorang wanita telah dicuri wang pencennya yang terdapat di dalam akaun. Laporan polis telah dibuat
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| Teong Kim dakwa kenyataan TMJ tak benar! Tunku Ismail beri amaran, jangan nak putar belit!

Tunku Ismail dakwa Lim Teong Kim minta gaji €70,000 hingga €80,000 sebulan. Namun dinafikan oleh Teong Kim. TMJ kemudian beri amaran jangan nak cuba putar belit
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 14 hours ago

Terima kasih PM! Silap mata BAM! Dihukum 2 tahun, 10 hari ditarik balik! Zii Jia, Jin Wei lega!

BAM buat pusingan-U untuk benar Lee Zii Jia, Goh Jin Wei bertanding dalam semua kejohanan antarabangsa hasil campur tangan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Jambatan runtuh! Mayat mangsa lemas diusung polis, penduduk terhumban ke dalam sungai!

Seorang anggota polis, 5 penduduk kampung yang sedang usung mayat mangsa lemas terhumban ke dalam sungai setelah jambatan buluh dilalui mereka tiba-tiba runtuh
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 18 hours ago