Seni & Sukan 18 Sep, 2020

Siti Nurhaliza top selebriti IG di Malaysia! 7.9j pengikut!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
INSTAGRAM Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini mencecah 8 juta pengikut, sekali gus menjadikan dia sebagai selebriti Malaysia yang memiliki paling ramai pengikut. Nak tahu siapa top 10 selebriti IG di Malaysia??? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Siti Nurhaliza:

https://kitareporters.com/search?search=siti+nurhaliza


Tok Ti memuatkan postingan mengenai kejayaan itu dalam IGnya @CTDK.

“Terima kasih pengikut saya semua.. 7.9 juta yang sangat istimewa.. apakata cukupkan ke angka 8 😜😉,” kata Tok Ti.



Kejayaan Tok Ti itu mendapat ucapan tahniah beberapa selebriti seperti Neelofa, Sarah Raisuddin, Kavita Sidhu dan Zarina Zainuddin.

Tok Ti meninggalkan 9 selebriti lain yang mempunyai pengikut tertinggi setakat jam 12 tengah hari, Jumaat,  18 September 2020.

Mereka ialah Neelofa (7.7 juta pengikut), Zizan Razak (7.5j), Nora Danish (7.2j), Mira Filzah (6.9j), Janna Nick (6j), Hanis Zalikha (5.8j), Amyra Rosli (5.5j), Scha Alyahya (5.4j) dan Fazura (5.4j).

l


Dalam kalangan selebriti lelaki, cuma pelakon/pelawak Zizan Razak berada berada dalam senarai pengikut tertinggi.

Tok  Ti membuka akaun Instagram pada Mac 2012 dan pada Januari 2020 pengikutnya mencapai 7 juta orang. Dan lapan bulan kemudian pengikutnya hampir mencecah 8 juta.

Tidak mustahil menjelang akhir tahun ini, Instagram @ CTDK mencapai 10 juta pengikut. - KitaReporters



Neelofa, Zizan Razak dan Nora Danish

0
1
0
0
1
You will be interested