Seni & Sukan 15 Apr, 2022

Alamak! 4 bekas kekasih hadir pada hari perkahwinan! Kawan baik calon isteri! Si suami terkejut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

ZHANG yang terkejut bersama Liu pada majlis pernikahan mereka. - kredit foto : eva.vn


KETIKA kakinya melangkah untuk melangsungkan perkahwinan dapat dibayangkan si pengantin lelaki perkara yang indah-indah selepas segala impiannya untuk hidup bersama isterinya akan terlaksana setelah diikat janji suci selesai.

Namun kegembiraan yang dijangkakan berpanjangan bagi pengantin lelaki di hari pernikahannya itu terhenti seketika apabila seorang lelaki di Kota Chongqing, China terkejut dan tercengang selepas melihat empat wanita yang merupakan kesemuanya bekas kekasihnya turut hadir pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan peristiwa mengemparkan

ZHANG (berbaju kot hitam) terkejut dan tercengang melihat empat wanita bekas kekasihnya menjadi pengiring pengantin bagi calon isterinya di Kota Chongqing, China baru-baru ini. - Kredit foto: eva.vn


Kehadiran empat wanita terbabit tanpa dijemput oleh pengantin lelaki yang bernama Zhang tetapi keempat wanita itu  juga turut dijemput sebagai pengiring atau pengapit pengantin wanita yang dipanggil oleh calon isterinya sendiri iaitu namanya Liu.

Viral perkahwinan Zhang yang menggemparkan itu dalam media sosial yang dihadiri empat wanita bekas kekasihnya yang juga sahabat karib calon isterinya.

Dipetik laporan grid.id dari eva.vn pada 9 April 2022 lalu menyatakan bahawa keempat-empat wanita berkenaan adalah sahabat baik dengan calon isterinya dan Liu tidak mengetahui sebelum itu empat sahabatnya pernah bercinta dengan Zhang tetapi kandas dan tidak berpanjangan.

Bayangkan apa yang akan terjadi pada Zhang akibat kemunculan bekas-bekas kekasihnya secara tiba-tiba yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh Liu.


EMPAT bekas kekasih Zhang berbaju gaung merah muda hadir pada majlis pernikahan Zhang yang dijemput oleh calon isterinya. - Kredit foto : eva.vn


Dalam hal sedemikian menyebabkan Zhang menjadi serba salah dan terkedu pada majlis pernikahannya kerana di hadapannya terdapat empat bekas kekasihnya, manakala di sisinya pula adalah calon isterinya (Liu) yang belum mengetahui lagi bahawa empat wanita terbabit adalah bekas kekasih suaminya.

Zhang sampai benar-benar tercengang ketika mengetahui empat bekas kekasihnya akan mengiringi perkahwinan mereka pada awal April 2022 lalu.

Bukan setakat itu sahaja, malah Zhang amat terkejut ketika dia mula memasuki ruangan pernikahan untuk melakukan upacara akad nikahnya dan ternampak empat bekas kekasihnya yang semuanya memakai baju gaung berwarna merah muda sudah berada di situ.

Semua bekas kekasih Zhang itu dengan selamba hadir pada majlis perkahwinannya kerana dijemput oleh Liu merupakan kawan baik dalam kalangan wanita-wanita berkenaan.


Kredit foto : eva.vn


Zhang yang pernah gagal bercinta dengan keempat-empat wanita tersebut secara kebetulan berjumpa dengan Liu dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat tempat Zhang bekerja.

Selepas itu, hubungan mereka berakhir dengan percintaan selama dua tahun sebelum mereka memutuskan untuk berkahwin pada hari tersebut.

Walaupun kehadiran empat bekas kekasih Zhang pada majlis itu amat menyakitkan hatinya tetapi perkahwinannya dengan Liu tetap diteruskan.

Zhang menyerahkan kalungan bunga kepada Liu sambil berkata: ‘’Mahukah kamu menjadi isteri aku?’’.

Liu menerima bunga daripada Zhang dan mereka dengan rasminya menikah pada hari tersebut.


Kredit foto : eva.vn


Perkahwinan Zhang dan Liu berjalan lancar walaupun ia disaksikan oleh bekas-bekas kekasih Zhang yang datang ke majlis itu sebagai memenuhi jemputan Liu adalah sahabat baik sebelum mereka mengenali lelaki itu.

Difahamkan, kisah cinta Zhang dengan empat wanita itu akhirnya diketahui Liu apabila suaminya menceritakan kedudukan sebenarnya tentang hubungannya dengan empat bekas kekasihnya sebelum bercinta dengan Liu yang dikatakan juga tinggal satu wilayah dengan kawan-kawannya. - KitaReporters


11
15
0
13
0
You will be interested