Gaya Hidup 12 Apr, 2022

Video| Empat gadis jelita anggotai The Gadys! Lagu raya Gadys Raya! Tak sabar nak balik kampung!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


Selepas kumpulan Dolla mencipta nama dalam sekelip mata, kemunculan gadis berkumpulan semakin rancak diperkenalkan label-label tempatan dan terbaharu The Gadys pula diketengahkan di persada muzik tanah air.

Di bawah label Valient Music, mereka dianggotai empat wanita jelita, Nelissa Nizam, Aznie Azmi, Ayunie Rizal serta Faa Zaini dan sebagai pengenalan sesuai dengan bulan Syawal akan datang, The Gadys mempertaruhkan single raya dengan lagu berjudul ‘Gadys Raya’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kumpulan penyanyi



Menariknya, lagu ciptaan Romeo, Glow Rush, Nick Ariff dan Acap Salim ini berkisar pengalaman anggota The Gadys yang tidak dapat pulang ke kampung halaman meraikan lebaran dua tahun lalu akibat pandemik COVID-19.

Hanya pada tahun ini selepas negara beralih ke fasa endemik, The Gadys berkesempatan mengubati rindu dan keseronokan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dan berkumpul bersama sanak saudara, memasak juadah dan membuat persiapan raya bersama-sama keluarga tercinta, semuanya diabadikan menerusi lagu ‘Gadys Raya’.

Pendek kata, mereka mahu semua berkongsi kegembiraan menikmati kembali suasana raya semeriahnya seperti sebelum dunia dilanda virus berbahaya  COVID-19.



Berkongsi mengenai ‘Gadys Raya’, seorang anggota The Gadys, Aznie (gambar atas) memberitahu lagu raya mereka menceritakan suasana hari raya di mana setiap seorang daripada mereka dikehendaki menampilkan karakter masing-masing.

“Sebenarnya di sebalik keceriaan lagu itu yang menceritakan bagaimana penat lelah membakar lemang, memakai pakaian raya yang baru, menikmati juadah di pagi raya bersama-sama, kami sebenarnya menyampaikan mesej agar jangan mengenang barang atau perkara yang sudah lepas,” tambah Aznie sambil bersetuju dengan rakannya, Faa (gambar bawah) yang merupakan bekas juara program ‘The Next My Star’ bahawa lagu Gadys Raya penuh dengan kasih sayang dan tenaga.



“Vibes lagu itu sangat ceria, sesuai dengan sifat anggota The Gadys,” ujar Faa.

Biarpun tidak terbabit dengan proses penulisan lagu, tetapi terdapat sedikit perubahan pada liriknya apabila Mike Chan dari Faithful Publishing meminta The Gadys bekerjasama memberikan input. 

Menurut Faa, proses rakaman berjalan lancar walaupun mengambil masa yang lama tetapi mereka berpuas hati apatah lagi mendapat sokongan daripada Honda Malaysia & JD Sports Malaysia.



“Walaupun terpaksa menunggu lama sewaktu proses rakaman muzik video, kami tidak mengeluh kerana sudah terbiasa menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Bagaimanapun penantian itu berbaloi, “ sambung rakannya, Ayunie, yang juga penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Fakulti Teater.

Tambahnya, perasaan terpaksa menyanyi sambil menari dari awal sehingga habis rakaman amat berbeza, berbanding sewaktu sesi latihan memandangkan sepanjang shooting, mereka  perlu sentiasa menjaga penampilan dan harus memberikan sepenuh tenaga.


Nelissa (kiri) dan Ayunie.


Malah bagi pelakon Nelissa Nizam pula beliau berkata, setiap individu yang terbabit menyiapkan GADYS RAYA memberi impak cukup besar kepada mereka tidak mengira pengarah, penolong pengarah, juru mekap, penata rias, pengurusan Valient Music dan semua yang terbabit.

“Kami berharap muzik video Gadys Raya mendapat maklum balas yang baik daripada penonton. Kami juga berharap lagu itu mampu menjadi evergreen dan sentiasa diputarkan setiap kali hari raya,” harapan Nelissa.



Menyorot penubuhan The Gadys, keempat-empat gadis itu adalah kenalan dan rakan dalam bidang lakonan dan ada antara mereka adalah rakan seuniversiti.

Hubungan mereka mula menjadi akrab selepas program game show yang dikenali sebagai ‘The Next My Star pada 2020’.

Sejak itu mereka tidak boleh berenggang sehingga wujudnya The Gadys.

Dan walau pun dibesarkan dengan personaliti dan latar belakang berbeza, mereka memiliki minat yang sama iaitu ke arah bidang seni sekali gus saling melengkapi di antara satu dengan yang lain. - KitaReporters


10
14
0
12
0
You will be interested

Video| Gembira bercerai? Bad Indigo, Ashira umum perpisahan dalam rakaman video! Tapi tetap kawan!

Dalam rakaman video secara bersama, Bad Indigo dan Ashira dengan gembiranya umumkan mereka bercerai setelah 14 bulan berumah tangga namun tetap jadi kawan baik

Video| Syamsul cari perakam klip video! Filem bakal box office! Mat Kilau kutip RM2.8j dalam 2 hari!

Syamsul beri amaran keras kepada pihak yang tayangkan cuplikan filem Mat Kilau lebih 5 saat dalam laman sosial. Mahu buat laporan polis dan ambil tindakan saman
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 17 hours ago

Panggung pacak dah berakhir! Akhbar bersaing dengan media sosial! Perlu lebih bebas dan tak takut!

Akhbar harus buat pendekatan menyeluruh, lebih cekap, pantas dan pembinaan insan yang bolehkan wartawan bekerja dalam ruang bebas, tanpa takut - Johan Jaaffar
Kartini Mohd Noor in Gaya Hidup 19 hours ago

Video| Amelia Henderson, Idris Khan tak profesional! Tak kenang budi! Saya terpaksa saman! - A Aida

A. Aida saman Amelia Henderson dan Idris Khan gara-gara tarik diri pada saat-saat akhir daripada drama 28 episod Sekali Lagi Cinta Kembali sebagai pelakon utama
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Woi! Bangunlah! Beri tempat duduk kepada ibu mengandung! Wanita hamil kongsi pengalaman!

Seorang wanita sarat hamil luahkan rasa kesal dengan sikap, tindakan segelintir masyarakat naiki pengangkutan awam tapi tak diberikan tempat duduk oleh mereka
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago