Seni & Sukan 26 Mar, 2022

Video| Betul ke Ruhainies dah berkahwin? Apa? Dengan Zul Ariffin? Biar betul atau hanya gimik?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Sebelum ini muncul khabar bahawa pelakon Ruhainies, 29, sudah berkahwin senyap-senyap. Ruhainies cuma berdiam diri dan berjanji akan mengumumkan perkara sebenar iaitu lelaki yang dimaksudkan tidak lama lagi. 

Baru-baru ini Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, membuat gempar apabila memuat naik dalam Instagramnya video dia berpegangan tangan dengan seorang lelaki diambil dari arah belakang


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu-isu gimik


Mereka yang melihat gambar itu dapat membayangkan sosok lelaki itu ialah pelakon Zul Ariffin, 35. Tetapi Ruhainies enggan menyatakan siapa sosok lelaki itu.

Namun pada Jumaat, 25 Mac 2022, Ruhainies memperlihatkan video panjang yang dikatanya sebagai majlis akad nikahnya. 

Sahlah lelaki yang dimaksudkan itu ialah Zul Ariffin yang sedang panas dengan isu sedutan video panas dan kontroversi drama  re ‘Perempuan Itu’.



Kelihatan Ruhainies dan Zul Ariffin berlagak mesra seperti pasangan suami isteri romantis.

Majlis diadakan mengikut tema Bollywood di mana pasangan dan tetamu memakai pakaian ala Bollywood dan diiringi lagu Hindustan.



Kemesraan Ruhainies dan Zul Ariffin seperti  watak Anjali dan Rahul dalam filem popular ‘Kuch Kuch Hota Hai’.

Kemunculan video itu membuat sejumlah peminat kedua-dua pelakon itu terkejut bagaimana kedua-dua pelakon itu bercinta sehingga boleh berkahwin.




Tetapi akhirnya Ruhainies rasa bersalah kerana menipu peminat selama ini. 

Menurut Ruhainies dia tidak berkahwin dengan Zul Ariffin. Katanya video yang dipapar adalah sebagai promosi produk kecantikannya.  

Menurut Ruhainies, Zul Ariffin adalah kenalan baik sahaja. Tiada perancangan untuk melanjutkan status pertemanan kepada percintaan.



Tambahnya, jika hendak bercintapun biarkan setakat dalam drama.

Pelakon yang merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim ini yang akan berusia 30 tahun pada 27 Julai 2022 ini seperti cuba mengelak apabila ditanya soal jodoh. - KitaReporters

/

11
14
0
11
1
You will be interested