Seni & Sukan 06 Apr, 2022

Selamat hari lahir Aafiyah dan Afwa! Tok Ti, Datuk K rai ulang tahun lahir anak secara bersama!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Selebriti tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, yang lebih mesra dipanggil Tok Ti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K), 63, meraikan ulang tahun dua anak mereka secara bersama kerana kedua-duanya hanya berbeza sebulan. 

Siti Aafiyah yang kini berusia 4 tahun lahir pada 19 Mac 2018, sementara Muhammad Afwa berusia setahun pada 19 April 2022 ini.

Atas sebab itu pasangan suami isteri ini setuju untuk menyambut hari jadi kedua-dua anak secara bersamaan sehari sebelum Ramadan pada 2 April 2022 lalu di sebuah kawasan permainan air di ibu kota.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dan suami meraikan serentak ulang tahun anak-anak


"Alhamdullillah, saya gabungkan sambutan hari lahir buat permata hati saya Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Gabungan yang sangat istimewa kerana kedua-duanya lahir pada tarikh yang sama, cuma beza 1 bulan dan tahun saja.

"Saya adakan majlis yang sederhana namun ada pihak yang turut bermurah hati dan menjadikan majlis semalam sangat meriah," tulis  Siti Nurhaliza dalam Instagramnya.

Siti Nurhaliza mesra melayani tetamu yang hadir

Berkongsi foto-foto bermakna sepanjang sambutan menerusi laman Instagram, penyanyi popular  ini memilih tema yang dirasakan sesuai buat kanak-kanak seusia anak-anaknya.

Sejumlah kanak-kanak turut diundang ke majlis itu dan sama-sama bermain air dengan anak-anak Siti.

Aafiyah melayan adiknya Afwa bermain


“Anakanda Aafiyah memang suka bermain air (macam ayah dia, mungkin sebab bintang sama Pisces) .. Afwa pula ikut sajalah.

"Tema ibu pilih sesuai untuk anak anak semua enjoy dan syukur cuaca sangat mengizinkan.. ( puas ibu berdoa.. sekali panas terik ye..)," katanya sambil memberikan kredit kepada semua pihak terlibat.

Meninjau dalam ruangan komen, rakan artis dan peminat turut sama meninggalkan dedikasi selamat hari jadi selain menitipkan doa yang baik-baik buat Siti sekeluarga.

Siti Nurhaliza dan Khalid mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan memilik sepasang cahaya mata. - KitaReporters

15
18
0
6
0
You will be interested