Seni & Sukan 23 Jun, 2021

Berita Terkini| Terima rasuah lebih RM1j! Penolong setiausaha sebuah kementerian ditahan SPRM!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

SUSPEK berusia 46 tahun itu direman lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - Kredit foto: Kosmo


SEORANG penolong setiausaha bahagian di sebuah kementerian ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016 sebagai balasan membantu syarikat mendapatkan projek-projek di kementerian terbabit.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 46 tahun itu ditahan pada kira-kira 9 malam Selasa, 22 Jun 2021 di Ibu Pejabat SPRM selepas hadir memberikan keterangan.

“Lelaki berkenaan dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini, dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM1 juta.,” kata sumber berkenaan yang dipetik oleh Bernama Pada Rabu, 23 Jun 2021.

Suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit, menurut sumber berkenaan.

Lelaki berkenaan direman lima hari bermula Rabu, 23 Jun hingga 27 Jun 2021 bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
1
0
1
You will be interested