Seni & Sukan 05 Aug, 2020

Mari yuk! Goyang Upin & Ipin! Lagu dangdut untuk kanak-kanak

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

Animasi terkenal, Upin & Ipin yang popular dengan kisah dua kanak-kanak ini mempunyai peminat setia mereka sama ada dari Malaysia, Indonesia mahupun beberapa negara lain. Malah cerita Upin dan Ipin ini juga telah mencetuskan fenomena dalam kalangan kanak-kanak. : KitaReporters


Lagi cerita mengenai Upin dan Ipin:

https://kitareporters.com/search?search=upin


Terbaharu, Les' Copaque Production telah mengeluarkan video muzik baharu bertajuk 'Goyang Upin & Ipin'. Ini bukan pertama kali Upin dan Ipin terlibat dalam dunia nyanyian kerana sebelum ini pun mereka ada menyanyi, malah dalam filem sebelum ini pun sama.

Kredit video: Youtube Les' Copaque Production. 


Jika dilihat melodi muzik ini, terdapat sedikit kelainan iaitu elemen dangdut tapi dicipta mengikut kesesuaian kanak-kanak. Ya, boleh dikatakan lebih kepada peminat di Indonesia dan mungkin ini salah satu penghargaan mereka terhadap peminat cilik dari negara itu yang tidak putus-putus menyokong animasi Upin & Ipin. 

Anda sudah dengar? Jika belum boleh dengar, ibu bapa jangan risau!! Lagu ini sesuai untuk kanak-kanak juga malah kita yang berusia ini pun boleh layan. Best ooo lagu ini!!!



Dalam klip video ini, sebahagian besar pelakon dalam animasi tersebut turut bersama-sama menjayakan lagu ini. Eemm, ini mesti sebab dangdut ini!!!  Atok bersama kawan-kawan dia pun kemain yaa bergelek. Ahahahah!! 

Menjengah bahagian komen, ternyata rata-rata peminat setia sama ada dari Malaysia atau Indonesia berpuas hati dan sangat suka dengan lagu ini. 








Tahniah Les' Copaque Production! Syabas Upin dan Ipin!! Setakat pukul 4 petang hari ini, Rabu 5 Ogos 2020, video muzik berdurasi 4 minit 40 saat itu telah ditonton hampir 3 juta kali dan disukai lebih 71,000 orang. - KitaReporters

0
2
0
0
2
You will be interested