SEKOLAH Menengah (SM) Islamiah yang mewakili Daerah Tawau muncul juara dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Sabah peringkat sekolah menengah secara dalam talian yang berlangsung selama empat hari dan berakhir pada 27 Ogos 2 021 lalu.
Barisan pembangkang SM Islamiah berjaya menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Muhamad Ali (SMKAMA) mewakili Daerah Ranau yang bertindak sebagai kerajaan dengan usul diperdebatkan “WHO Relevan Dalam Menangani Pandemik Antarabangsa”.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah menengah
SM Islamiah juara Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Sabah peringkat sekolah menengah secara dalam talian pada 27 Ogos 2021 lalu.
SM Islamiah diwakili Mohd Afnan Afian, Muhammad Afnan Afif Dharmawi, Nurul Fatiha Izzaty Osman, Nur Izzaty Abdul Baki dan Nurul Husna Norzamri sebagai pembahas simpanan.
Barisan SMKAMA pula terdiri daripada Irshad Alfian Jaimis, Mohd Zaim Fadil Mohd Jusdi, Nur Aliyah Osman, Mohd Zulharith Syazani Julkiflee dan Eldy Nor Adila Leef sebagai pembahas simpanan.
Mohd Afnan Afian dari SM Islamiah pula dinobatkan sebagai pembahas terbaik dalam pertandingan akhir berkenaan.
Barisan pembahas SMKA Mohamad Ali bersama guru pembimbing.
Sebanyak 18 sekolah menengah mewakili 18 daerah di Sabah menyertai perbahasan itu yang turut memilih 10 pembahas terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.
SMK Kunak, Kunak dan SMKA Tun Ahmad Shah, Kota Kinabalu
masing-masing berkongsi tempat ketiga.
Sementara bagi peringkat sekolah rendah pula, Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan yang mewakili daerah Semporna muncul juara menewaskan SK Kauluan wakil daerah Ranau dengan usul yang diperdebatkan “ Pemansuhan UPSR Tepat Pada Masanya”.
Antara Ahli Jawatankuasa Pertandingan Bahasa Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah-Sekolah Sabah.
SK Pekan Semporna menampilkan barisan pembahas iaitu Fatimah
Karina Karsel, Natasha Jeane Abdul Rahman, Muhamad Iskandar Shah Muhamad
Effendi, Liana Abdullah dan Siti Nur Maisyarah Mokhtar sebagai pembahas simpanan.
SK Kaluan Ranau pula terdiri daripada Eldy Muhamad Aqlan
Leef@ Anwar, Eldy Nur Alyeesa Leef@ Anwar, Adibah Zuhairah Suharijin, Nur
Khairunnia Mahiran Wakikin dan Irshad Qamiel Kamaludin sebagai pembahas simpanan.
Natasha Jeane Abdul Rahman muncul sebagai pembahas terbaik pada pertandingan akhir itu manakala 10 yang lain dipilih sebagai pembahas terbaik sepanjang perbahasan berlangsung yang disertai 13 sekolah rendah dari 12 daerah di Sabah.
SK Kunak 1 dan SK Ladang Giram Kunak masing-masing berkongsi tempat ketiga.
Dari kiri Norsima, Ab Malek, Maludin Idris dan Herman Rahim.
Pengesahan pemenang pertandingan itu dilakukan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kunak, Ab Malek Abdul Rahim; Timbalan Pegawai Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid PPD Kunak, Norsima Simon; dan Pegawai Teknik pertandingan, Jamilah Ahmad serta Burhanuddin Sirajuddin. - KitaReporters