ISTERI yang menjadi mangsa penderaan suaminya sendiri yang mencukur kepalanya akibat cemburu buta. - Kredit Foto : China Press.
VIRAL sebuah video dalam laman sosial di negara China apabila seorang suami sanggup mencukurkan rambut isterinya yang berwarna cokelat sehingga separuh botak setelah mengesyaki isterinya mempunyai kekasih gelap dengan lelaki lain.
Gara-gara cemburu buta oleh suami wanita terhadap isterinya sendiri itu berlaku pada minggu lalu di Baoding, Wilayah Hebei, China telah mengakibatkan si suami sanggup membotakkan rambut isterinya pada bahagian tengah kepala, manakala rambut di sisi kiri dan kanan kepala wanita itu pula tidak dicukur sebaliknya dibiarkan begitu sahaja.
Lagi cerita-cerita jenayah mengenai keganasan rumah tangga
KEPALA wanita ini berdarah selepas dicukur oleh suaminya sendiri setelah mengsyaki isterinya curang. - Kredit Foto : China Press
China Press dipetik melaporkan pada 16 Ogos 2021 lalu berkata, tindakan sedemikian yang dilakukan oleh suami wanita terbabit ialah semata-mata untuk memalukan isterinya supaya tdak keluar dari rumah dengan harapan isterinya tidak dapat berjumpa lelaki yang disyaki menjadi kekasih gelap wanita itu.
Kejadian awalnya bermula selepas isterinya berbual dengan seorang lelaki yang merupakan rakan niaganya agak lama sedikit melalui telefon bimbit di rumahnya.
Perbuatan isterinya itu telah menimbulkan kemarahan suaminya yang sebelum ini terlalu cemburu buta terhadap isterinya sehingga mereka bergaduh dengan menuduh isterinya selalu mengadakan hubungan intim dengan rakan niaganya.
Sebelum kejadian itu, mereka sering bergaduh dan suaminya selalu menuduh isterinya curang semasa berada di luar rumah akibat lelaki itu selalu manelefon isterinya tetapi wanita tersebut memberitahu bahawa hubungan serta pergaulannya dengan lelaki itu mesra sekadar atas dasar rakan sekerja sahaja.
Dalam pada itu, suami wanita berkenaan sering memeriksa mesej dalam aplikasi WeChat dalam telefon bimbit mangsa.
Suatu hari mereka bergaduh lagi, tanpa diberi peluang isterinya menjelaskan kedudukan sebenarnya menyebabkan suaminya yang panas berang itu lalu bertindak mencukur rambut isterinya dengan sebilah pisau cukur di tengah kepala mangsa sehingga luka berdarah.
Pisau cukur berkenaan sudah dibeli suaminya sejak beberapa minggu lalu dan ia disimpan di rumah bertujuan untuk mencukur rambut isterinya apabila mereka bergaduh.
Selepas lelaki itu melakukan keganasan yang memalukan itu dia menyebar pula video dia mencukur kepala isterinya dalam laman sosial di negara itu untuk memalukan wanita tersebut dalam kalangan rakan-rakan sekerjanya.
Akibatnya, wanita itu terpaksa berkurung di rumah kerana di tengah-tengah kepalanya botak tidak mempunyai rambut yang cantik lagi selepas dicukur oleh suaminya.
Kebanyakan netizen mengecam tindakan lelaki berkenaan yang juga didakwa melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan mengaibkan wanita itu dengan sengaja menyebarkan dalam laman sosial untuk memalukan lagi isterinya. - KitaReporters