Seni & Sukan 26 Oct, 2020

Salam Maulidur Rasul! RTM tampilkan dua program rai sambutan

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

TANGGAL 12 Rabiulawal 1442H bersamaan 29 Oktober 2020M ini, seluruh umat Islam akan meraikan sambutan Maulidur Rasul, iaitu hari bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Lazimnya, pada hari tersebut pelbagai aktiviti ataupun program dianjurkan, namun dengan pandemik COVID-19 masih bermaharaja lela, sudah tentu ada yang terpaksa menangguhkan perancangan yang telah diatur. : KitaReporters


Kredit foto: theinspirasi.my


Lagi cerita-cerita berkaitan Rasulullah:

https://kitareporters.com/search?search=Rasul


Sungguhpun banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah SWT kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul, namun kita boleh merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.

Pun begitu, usah khuatir kerana sempena memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW yang lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiaran awam kerajaan tidak mahu ketinggalan meraikannya waima menyediakan dua program khas kepada segenap lapisan masyarakat pada hari jstimewa itu.

Ya, pada 29 Oktober 2020 menerusi saluran TV1, dua program telah dikenal pasti untuk tatapan penonton di rumah sesuai dengan kehidupan norma baharu yang perlu dititik beratkan dalam tempoh negara menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 



Menerusi program berkonsepkan bicarawara muzikal diberi tajuk “Kasih Junjungan”, yang dijadual bersiaran pukul 10.30 pagi pada 29 Oktiber 2020, umat Islam dibawa berkongsi pandangan ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa (gambar atas), bersama empat orang pelajar yang sedang menyiapkan tesis mereka.

Malah Dr. Norhafizah yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik akan membawa penonton menyelami kisah hidup Rasullullah berserta penampilan kumpulan Hijjaz (gambar bawah), Kumpulan Zayein dan Bazli UNIC.



Kepada mereka yang masih belum mengenali Kak Cik perlu mengetahui bahawa ibu kepada tujuh orang anak ini berjaya menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islak dalam usia 43 tahun.

Bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.

Sudah tentu ramai yang mahu menonton program ‘Kasih Junjungan’ tersebut bersama ustazah yang mempunyai seramai 751,000 pengikut ini ya tak?

Menyusul pada pukul 9 malamnya pula, program bual bicara agama yang sememangnya tidak asing lagi iaitu “Siaran Langsung Forum Perdana Khas Maulidur Rasul 1442H: Ummah Rabbani Negara Harmoni” akan ke udara.



Bersama-sama moderator Ustaz Nabil Ahmad dan panel jemputan Imam Muda Asyraff (gambar atas), Ustazah Isfadiah Dasuki dan Ustaz Elyas Ismail bakal membincangkan topik berkaitan peribadi dan mukjizat Rasullullah sejak dari zaman kanak-kanak hingga ke tanda-tanda kenabian serta kerasulan Baginda. 

Antara empat sifat terpuji Nabi SAW yang akan dibincangkan ialah Siddiq (Berkata Benar), Amanah (Dipercayai), Tabliq (Menyampaikan) dan Fatanah (Bijaksana).

Wah! Apabila kesemua panel jemputan yang diundang memiliki kepakaran dan keistimewaan tersendiri bahkan mempunyai pengikut ratusan ribu tingginya dalam laman sosial masing-masing, sudah tentu forum perdana ini akan bertambah menarik apatah lagi  penonton dapat berkongsi ilmu dan memahami setiap subjek yang diketengahkan.

Jadi, sama-samalah kita tunggu kedua-dua siaran berkenaan di TV1 pada sambutan Maulidur Rasul pada 29 Oktober 2020 ini yang bertema ‘Ummah Rabbani Negara Harmoni’ nanti ya? 

Namun, bagi yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). 

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui RTM Mobile dengan memuat turun aplikasinya dalam Google Play dan App Store.  

Salam Maulidur Rasul!  - KitaReporters

17
1
0
0
0
You will be interested