Seni & Sukan 22 Nov, 2021

Betul ke? Che Ta tolak tawaran berlakon mega drama 40 episod! Sebab janggal jadi ibu Remy Ishak!

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

Che Ta tak kisah lakonkan watak ibu tapi biarlah usia anaknya berpatutan. Foto IG @rozitachewan1


KALAU pelakon lain mengadu kurang mendapat tawaran berlakon, namun rezeki Rozita Che Wan berterusan. Mungkin disebabkan beliau berdisiplin dan mudah memberi kerjasama sebab itulah pengarah atau pihak produksi mengambilnya berlakon.

Namun baru-baru ini, Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, 48, ‘dikatakan’ buat hal pula. Dalam sikap tak kisahnya itu, Che Ta bulat-bulat menolak tawaran sebuah produksi yang menawarkan beliau melakonkan watak ibu.

Apa hal pula, sedangkan sebelum ini banyak saja watak ibu yang dilakonkan oleh Che Ta yang merupakan ibu kepada tiga orang anak itu.

Rupa-rupanya Betul ke? Che Ta tolak tawaran berlakon mega drama 40 episod! Sebab janggal jadi ibu Remy Ishak! Tegas Che Ta, keputusannya menolak tawaran itu bukan kerana 'demanding' tetapi realistik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Che Ta


"Saya tak kisah pun bawa watak ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Saya pun selalu dapat watak ibu dan ia bukan isu besar.

"Cuma agak-agaklah juga nak gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama berkenaan. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak, biarlah logik akal," katanya memberi alasan tentang penolakan tersebut.

Sebelum ini, isteri kepada Zain Saidin itu sudah beberapa kali digandingkan dengan Remy dan kebanyakannya watak sebagai kekasih.

"Saya pernah berlakon dengan Remy, antaranya termasuk telefilem berjudul Masihkah Ada Sinar yang turut berentap di Anugerah Skrin 2011. Sebelum itu, saya dan Remy pernah beberapa kali berlakon sama," katanya yang ditemui di majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, Homevest yang disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.


Dari kiri, Penasihat HomeVest, Muhammad Faizal Zainol, Jaja Che Wan, Rozita Che Wan dan Datuk KY Lim (Pengarah Urusan Kumpulan HomeVest).


Nama HomeVest diwartakan selepas syarikat berkenaan diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

Namun, Che Ta yang juga pelakon drama Tahyul menerusi watak Detektif Masni menolak dakwaan yang beliau bergelar duta kepada syarikat berkenaan.

"Tidak sama sekali bergelar duta, tapi saya antara yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah. Kebetulan adik ipar saya, Datuk Wira Muhammad Faizal Zainol menjadi penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka," jelasnya.


Che Ta mendapat nasihat perihal pemilikan dan pembelian rumah daripada adik ipar.


Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan dengan Zain pada 11 Disember 2021 ini juga mengakui tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baharu di Damansara, Petaling Jaya

"Soal pindah rumah baharu ini memang tertunda sebab situasi pandemik Covid-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.

"Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain. Adik ipar saya pun yang tahu selok-belok hartanah dan perumahan banyak membantu serta beri nasihat," katanya. KitaReporters


Che Ta di set Tahyul sebagai Detektif Masni.

12
10
0
12
0
You will be interested