Seni & Sukan 13 May, 2020

Curi di rumah pesakit Covid-19! Kena hukum! Dapat Covid-19!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

SUDAH jatuh ditimpa tangga, dipatuk ayam pula! Begitulah nasib malang yang menimpa lima remaja di Panakkukang, Makassar, Sulawesi di Indonesia. Dahlah kena tangkap, kemudian kena kuarantin pula takut-takut dijangkiti pandemik Covid-19. Kalau positif, dah dua kali bala nampaknya. KitaReporters

TIGA daripada lima remaja yang ditangkap polis selepas memecah masuk rumah pesakit Covid-19 di Panakkukang, Makassar di Sulawesi, Indonesia.


Pada bulan mulia ini sepatutnya mereka beramal menambah pahala. 

Sebaliknya mereka memecah masuk rumah, menggeledah dan mencuri wang serta aksesori emas dari sebuah rumah kosong di Jalan Campagaya, Kacamatan Panakkukang, Makassar.

Yang mereka tidak tahu ialah pemilik rumah kosong itu ialah seorang pesakit positif Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di tempat lain bersama anggota keluarga. 

Kerana itulah rumahnya tidak berpenghuni.

Memetik laporan detik.com, dalam kejadian yang berlaku pada 6 Mei 2020, kelima-lima remaja memecah masuk rumah tersebut setelah pasti laluan mereka mudah kerana tiada siapa di dalam rumah.

REMAJA yang ditahan kerana memecah masuk rumah pesakit Covid-19 di Panakkukang, Makassar.


Setelah menggeledah, mereka memperoleh aksesori emas seberat 15 gram dan wang tunai sebanyak 20 juta Rupiah atau RM6,000.

Malang sekali, sebelum dapat berseronok dengan hasil curian, pihak polis yang bertindak pantas berjaya menahan kelima-lima remaja tersebut dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan membawa mereka ke balai polis Panakkukang.

Menurut pihak polis, mereka segera memulakan siasatan selepas menerima laporan daripada seorang anggota keluarga yang dibenarkan pulang ke rumah selepas dia disahkan negatif Covid-19.

Polis berkata, mereka melakukan siasatan dengan berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) sepenuhnya memandangkan pemilik rumah itu adalah positif Covid-19.

Hasil sisatan yang dijalankan dan berdasarkan keterangan pengadu, polis berjaya memberkas kelima-lima remaja 24 jam selepas kejadian di beberapa lokasi berlainan.

REMAJA yang memecah masuk rumah pesakit Covid -19 di Panakkukang, Makassar, menjalani saringan Covid-19 di Balai Polis Panakkukang dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pampang.


Kerana rumah yang mereka ceroboh itu milik pesakit Covid-19, kelima-lima remaja terbabit telah menjalani saringan Covid-19 di balai tersebut dengan kerjasama Pusat Kesihatan Pampang. 

Mereka kemudian diletakkan dalam sel berasingan menunggu keputusan saringan.

Pastinya apa juga keputusan saringan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan hukuman jika diadapati bersalah. 

Semua gara-gara perbuatan keji yang mereka lakukan.

Lebih malang, jika keputusan saringan positif, bertambahlah derita yang mereka tanggung. 

Mereka dijangkiti Covid-19 dan pada masa sama, berkemungkinan ditambah dengan hukuman penjara.

Kelima-lima remaja tersebut bukan sahaja memecah masuk rumah dan dapat wang tunai dan aksesori emas, tetapi berkemungkinan dapat sekali virus Covid-19!! : KitaReporters

POLIS mendapatkan maklumat daripada seorang anggota keluarga pesakit Covid-19 sewaktu menyiasat insiden pecah masuk rumah pesakit Covid-19 di Panakkukang, Makassar.

1
0
0
0
0
You will be interested