Seni & Sukan 16 May, 2020

Lagu Seloka Hari Raya: Dulu Hail & Uji! Kini Fattah & Fazura!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Lagu ‘Seloka Hari Raya’ adalah antara lagu klasik wajib yang diperdengarkan setiap perayaan hari lebaran sejak tahun 1977. Lagu melodi ciptaan Datuk Ahmad Nawab dan lirik oleh Chuari Selamat  itu dendangan asal Uji Rashid dan Hail Amir ketika sama-sama berada dalam syarikat rakaman EMI. : KitaReporters

Fazura dan Fattah Amin bakal menjadi pasangan duet ideal. - Kredit foto: IG mIssfazura

Sejak itu masyarakat akan terkesan mendengar lagu yang indah melodi dan liriknya dan didendang dengan menarik oleh pasangan penyanyi ini.

Uji Rashid dan Hail Amir dianggap sebagai pasangan duet terbaik setelah P. Ramlee dan Saloma, serta A. Ramlie dan Maria Bachok.

Kini Uji Rashid sudah berusia 60 tahun (1/9/1959), manakala Hail berusia 64 tahun (2/11/1955).

Dengan usia semakin meningkat dan kualiti vokal sudah berkurangan, hampir mustahil kedua-dua mereka akan kembali merakam album.

Gandingan asal 'Seloka Hari Raya', Uji Rashid dan Hail Amir. - Kredit foto: Facebook


Kini lagu klasik ‘Seloka Hari Raya’ yang sudah berusia lebih 40 tahun itu didendangkan semula oleh pasangan suami isteri Fazura (Nur Fazura  Sharifuddin), 36, dan Fattah Amin (Abdul Fattah Mohd Amin), 29.

Mengikuti rakaman lagu baru dendangan Fazura dan Fattah Amin terdengar tidak banyak bezanya daripada nyanyian asal Uji Rashid dan Hail Amir.

Susunan muziknya juga tidak banyak berbeza, cuma diberi sedikit kemodenan oleh penerbit Mel Ramlan dan Mohariz Yaakup.

Rakaman lagu ‘Seloka Hari Raya’ ini dilakukan secara berasingan kerana ketika itu, Fattah menjalani pengambaran drama di Melaka.

Lagu ini dirakam sebelum Perintah Kawalan Pergerakan’ (PKP) dilaksana.

Bagaimanapun perlaksanaan PKP menyebabkan klip muzik video asal terpaksa dibatal. Namun sebagai ganti, dibuat klip video secara animasi.

Kebahagiaan pasangan suami isteri Fazura dan Fattah Amin. - Kredit footo: IG missfazura

Konsep dan jalan cerita muzik video ini adalah cetusan idea Fazura dan Fattah.

Berikutan negara masih dalam pematuhan PKP yang dilanjutkan kepada PKB Bersyarat (PKPB), promosi lagu ‘Seloka Hari Raya’ dibuat menerusi media sosial dan virtual. 

Ini termasuk sesi ramah mesra dalam  talian.

Lagu ‘Seloka Hari Raya’ versi Fattah dan Fazura boleh didapati pada semua pelantar digital.

Di sini disiarkan lagu versi baru ‘Seloka Hari Raya’ Fazura/Fattah Amin dan nyanyian asal Uji Rashid/Hail Amir.


1
0
1
1
2
You will be interested