Gaya Hidup 14 May, 2020

Helo frontliners! Tiket percuma Qatar Airways! Tamat 18 Mei!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KHIDMAT barisan hadapan (frontliner) bidang kesihatan dalam menangani wabak virus Covid-19 sukar untuk dibalas oleh masyarakat di mana-mana negara di dunia ini. Namun ada beberapa cara untuk menghargai walaupun tidak sepenuhnya oleh pihak kerajaan atau syarikat atau badan tertentu. : KitaReporters

Sebahagian frontliner perubatan di England menjalankan tugas penuh dedikasi. - Kredit foto: Facebook


Sebuah syarikat penerbangan antara yang terbaik dunia, Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada frontliners yang merupakan petugas penjagaan kesihatan profesional di seluruh dunia sempena Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei 2020.
Dalam tawaran tersebut, 100,000 petugas kesihatan sepert jururawat yang terpilih akan menerima kod promo untuk dua tiket percuma kelas ekonomi ke mana-mana destinasi di dalam rangkaian penerbangan Qatar Airways bagi tempoh antara 26 November sehingga 10 Disember 2020.

Permohonan sudah dibuka dan akan ditutup pada 18 Mei 2020 jam 23.59 malam (11:59 malam) waktu Doha.

Para frontliners yang berminat boleh memohon tawaran ini menerusi pautan https://www.qatarairways.com/en-my/offers/thank-you-medics.html.

Kenyataan rasmi Qatar Airways ini dikeluarkan dalam laman rasmi twitternya oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Akbar Al Baker.

CEO Qatar Air, Akbar Al Baker



Pengumuman Qatar Air dalam laman Twitternya :

“Barisan petugas kesihatan profesional sangat komited dalam menjaga pesakit dan membantu menghalang penularan wabak Covid19 ini tidak mengira masa.

“Kebaikan, dedikasi dan tanggungjawab mereka telah menyelamatkan banyak nyawa di serata dunia.

“Inilah masanya kami mahu memberi sesuatu kembali kepada petugas kesihatan. 

"Tidak ada apa yang mampu membayar barisan petugas kesihatan yang berani ini cuma kami berharap tawaran tiket penerbangan pergi balik Qatar Airways ini boleh membuatkan mereka gembira.”  

Qatar Airways adalah salah sebuah syarikat penerbangan terbaik dunia termasuk dari segi layanan kepada penumpang.

Staf penerbangan Qatar Air antara pemberi perkhidmatan terbaik di dunia. - Kredit foto:Qatar Air

0
1
0
0
0
You will be interested

Indahnya Pengorbanan! TV2 tampilkan 11 program menarik sepanjang 4 hari! Raikan Raya Aidiladha!

Sempena Hari Raya Aidiladha, RTM menerusi saluran TV2 bakal sajikan 11 program terbaik yang bersiaran 4 hari berturut-turut mulai 9 Julai hingga 12 Julai 2022

Fariza Saidin in Gaya Hidup 17 hours ago

Video| Isu kesihatan mental! Ilham Ajai cipta lagu "Rasa Tak Menipu"! Lagu terbaharu untuk Hazama!

Selepas fasa pandemik, saya terpanggil untuk ketengahkan isu kesihatan mental kerana ia sangat bahaya. Semua pernah melaluinya erasaan kehilangan yang tersayang
Fariza Saidin in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Comel sangat! Ini kereta Kancil ke Minion? Sangat cantik dan unik! Ramai yang terpikat!

Tular video sebuah kereta Kancil dilihat di atas jalan raya dengan gaya yang sangat comel dan menawan hati semua orang. Kelihatan seperti karakter kartun Minion
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Biadab! Memalukan! Polis, pejabat agama sila bertindak! 2 lelaki peluk pelayan restoran!

Tindakan dua lelaki peluk seorang wanita di restoran di Kampung Saujana, Setiu undang kemarahan orang ramai kerana anggap aksi tersebut biadab, amat memalukan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 13 hours ago