AKTRES Juhi Chawla, antara artis popular di Bollywood, yang dikatakan tidak mempunyai rasa kasih kepada kanak-kanak, malah menganggap mereka sebagai mengganggu atau menyusahkan. Walaupun dia sendiri pernah berlakon dalam banyak filem yang melibatkan pelakon kanak-kanak, antaranya One Two Ka Four (sebahagian penggambaran dibuat di Malaysia) dan Hum Hain Raahi Pyaar Ke, ia tidak merangsang rasa mesra dan kasih kepada kanak-kanak. : KitaReporters
JUHI CHAWLA dan Shah Rukh Khan, bintang utama filem One Two Ka Four keluaran tahun 2001. - Kredit foto: JustWatch
Lagi kisah-kisah berkaitan filem Hindustan:
https://kitareporters.com/search?search=Hindustan
Namun segalanya berubah apabila bintang besar Bollywood ini memperoleh anak sendiri hasil perkahwinan dengan Jai Mehta. Dia memperoleh seorang anak lelaki, Arjun, dan seorang anak perempuan, Jhanvi.
Menjadi seorang ibu yang memiliki sepasang anak, mengubah persepsi Juhi Chawla terhadap kanak-kanak. Kedua-dua anaknya menjadi permata hati yang sangat disayangi dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
JUHI CHAWLA (kiri) bersama suami, Jai Mehta (tiga dari kiri) dan anak Jhanvi (dua dari kiri) serta Arjun. - Kredit Hindustan Times.
Memetik laporan Hindustan Times, Juhi Chawla mengakui, sebelum mempunyai anak sendiri dia memang rimas dengan kanak-kanak.
Bagaimanapun sikap ini berubah sama sekali apabila dia menjadi ibu sehinggakan dia bagaikan tidak mahu berpisah dengan anak-anak, apatah lagi untuk jangka waktu panjang.
Kerana itu dia selalu berusaha memastikan jadual penggambarannya adalah di Mumbai sahaja. Jika terpaksa pergi ke luar kawasan, dia akan memastikan ada orang yang menjaga dan menemani anak-anaknya.
Mengenai bagaimana dia membahagikan masa antara kerjaya dengan menjadi seorang ibu, Juhi memberitahu, sememangnya yang terbaik adalah menjadi ibu bapa yang sempurna kepada anak-anak.
Namun katanya, ibu bapa juga perlu bekerja, seperti ibu bapanya sendiri. Kerana itu juga dia berharap anak-anaknya memahami kerjayanya. Baginya perkara itu bukan isu atau masalah besar.
Kredit foto: bollywoodshaadis
ANTARA pelakon kanak-kanak yang membintangi filem One Two Ka Four. - Kredit Bollywood Hungama.
Biasanya, apabila menjalani penggambaran di luar kawasan, ibu mertua atau adik ipar Juhi akan menemani anak-anak.
Dia juga berusaha memastikan jadual
penggambaran di luar kawasan tidak lebih 10 hari secara berterusan supaya dia
boleh berjumpa dengan anak-anak.
Juhi juga menceritakan bagaimana anak-anaknya
malu untuk menonton filem-filem lakonannya, terutama filem-filemnya yang
terdahulu.
Suaminya, Jai Mehta pernah meminta anak-anak
agar menonton Hum Hain Rahi Pyaar Ke kerana ia sebuah filem yang
menarik.
Arjun bertanya sama ada ada adegan cinta dalam filem tersebut dan Juhi menjawab memang ada kerana ia sebuah filem komedi romantik. Lantas Arjun memberitahu, dia tidak akan menonton filem lakonan ibunya yang ada adegan cinta kerana segan. Maklumlah dia sudah dewasa, begitu juga kakaknya, Jhanvi.
Oleh kerana setiap filem memang ada adegan
bercinta, Arjun tekad untuk tidak menyaksikan apa juga filem lakonan ibunya.
Namun itu bukan isu besar bagi Juhi. Yang
penting ialah sebagai seorang ibu dia bangga memilik sepasang cahaya mata yang
dibelai dengan penuh kasih sayang.
Kehadiran Jhanvi dan Arjun telah mengubah kehidupan Juhi Chawla daripada seorang wanita yang tidak sukakan kanak-kanak kepada seorang ibu yang penyayang. - KitaReporters
Kredit foto: IG Juhi Chawla