Seni & Sukan 06 Aug, 2021

Ayie Floor 88 korbankan rambut demi watak dalam filem Hutang 2D! Ada Black, Baby Shima, Ogy!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Salah satu babak lakonan Ayie dan Baby Shima (kiri) dalam 'Hutang 2D'


APAKAH anda peminat kumpulan Floor 88 yang popular dengan lagu ‘Hutang”?

Bila sebut perkataan ‘hutang’ ini tentu ada yang teringat kisah hutang yang belum dibayar kan?

Hakikatnya, tiada sesiapa yang tidak pernah berhutang ya tak? 

Jika bukan hutang peribadi pun mesti ada yang hutang rumah, hutang kereta dan hutang yang bukan dicari tetapi perlu dihadap demi kelangsungan hidup.

Jika ada yang hidup tanpa hutang memang dilahirkan dengan 'sudu emas' kata orang, setuju tak?

Apa pun itu rezeki masing-masing, Ada hutang ke tak ada hutang ke sudah tertulis dalam dairi kehidupan kita.

Apa pun apa yang penulis mahu ceritakan ini berhubung dengan lagu popular ‘Hutang’ nyanyian dari kumpulan Floor 88 yang dah dijadikan judul filem dengan tajuk ‘Hutang 2D”.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem



Nak tahu apa maksud 'Hutang 2D'?

Apa kata langgani Astro First kerana dengan kadar bayaran cuma RM15 anda boleh berulang kali menonton filem ‘Hutang 2D’ dalam tempoh 48 jam bermula Khamis, 5 Ogos 2021 dalam saluran 480.

Menariknya kesemua anggota kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham, Akram K, Falique Ghazali, Zai Hamzah, Amirul Afeeq dan Eric Fuzi terlibat sebagai teraju utama malah Eric turut bertindak sebagai pengarah kedua di samping pengarah utamanya, Irwan Rauf.



'Hutang 2D' merupakan kemunculan pertama kumpulan Floor 88 menerusi filem dan ia bakal hiburkan penonton dengan gelagat, aksi dan komedi yang mencuit hati.

Buat watak Ayie yang dijayakan oleh Ayie Elham, ia memberi cabaran baru baginya apabila dia perlu melakukan aksi berlawan sendiri tanpa menggunakan pelakon lagak atau 'stunt'.

Namun begitu, pengalamannya dalam teater serta tunjuk ajar daripada pengarah dan kru sedikit sebanyak membantu Ayie menjayakan wataknya. 



Antara babak lakonan Ayie ketika berambut panjang dan pendek


"Yang paling mencabar apabila perlu potong rambut. Pada mulanya rasa tak rela tetapi demi watak saya berkorban apa sahaja. Jadi itulah pengorbanan paling manis juga menjadi kenangan saya sepanjang terlibat sebagai pelakon," ujar Ayie ketika ditemui dalam sidang media secara maya pada 3 Ogos 2021.

Turut hadir kumpulan Floor 88 termasuk pengarah filem, Irwan Rauf dan Black Hanifah yang memegang watak antagonis serta penerbit filem, Arie Zaharie.

Selain itu, filem ini  turut menampilkan gabungan penyanyi-penyanyi terkenal tanah air serta pelakon hebat dalam menggerakkan setiap watak. 

Antaranya, selain Black adalah Baby Shima, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ropie, Altimet, Wafiy Ilhan dan Coki



Untuk rekod, pelakon Ropie sebelum ini tampil dalam muzik video lagu ‘Hutang’ dengan watak seorang yang banyak hutang, dan menariknya watak tersebut telah dikembangkan ke dalam filem dan menjadi salah satu konflik di dalam penceritaan 'Hutang 2D'. 

Menelan belanja RM300,000 bagi keluruhan kos penggambaran selama 10 hari, idea asal filem ini diilhamkan oleh Silentkaiju Studios terbitan Arie Zaharie Production di mana sebahagian daripada kos yang tinggi itu disebabkan oleh perbelanjaan teknik kesan khas.

“Kami cuba mengembangkan elemen serta mesej lagu tersebut ke dalam sebuah penceritaan dan kemudian mempersembahkan dalam bentuk filem. Malah, pihak kami juga berusaha membawa kelainan menerusi Hutang 2D dengan menyajikan penonton dengan konsep menarik,” ujar Penerbit Eksekutifnya, Arie Zaharie.



Filem 'Hutang 2D' mengangkat genre komedi, aksi dan fantasi, mengisahkan tentang Ayie (Ayie Elham), seorang pelukis webtoon (kartun web) yang kuat berangan dan bersifat pengecut. Hubungan Ayie dan ayahnya, Pak Jie (Ropie) tidak mesra, bahkan bakat melukisnya juga sering dipandang rendah oleh Pak Jie. 

Itu membuatkan Ayie rasa sedih dan kurang keyakinan, termasuklah memendam rasa terhadap jirannya, Shima (Baby Shima). 

Sementara itu, Pak Jie banyak berhutang dan sering diganggu oleh dua orang gengster, Han (Black) dan Kit (Wafiy Ilhan). 


Black (tengah) memegang watak antagonis.

Apabila Pak Jie diserang di rumahnya, Ayie terus menyembunyikan diri. Segalanya berubah apabila Ayie bertemu dengan Gua Mambang (Altimet) dan telah menghadiahkan sebuah ‘tablet’ ajaib. 

Ayie mendapati setiap lukisannya di tablet itu akan menjadi kenyataan. Kemudian, Ayie mencipta rakan-rakan baharu dengan mempunyai kuasa ‘superhero’ yang luar biasa agar dapat membantunya menyelesaikan masalah hidupnya. 



Begitu serba ringkas sinopsis ‘Hutang 2D’ dan jika nak tahu apa kesudahannya eloklah terus ke pawagam rumah anda sendiri di Astro First 480 ya untuk menonton malah untuk lebih fleksibel boleh strim di Astro Go atau On Demand.

“Hutang 2D adalah sebuah lagi filem terbaru dalam platform Astro First yang memperlihatkan bakat-bakat penyanyi tanah air menonjolkan bakat lakonan mereka. 

Di samping mengetengahkan unsur komik digital dan fantasi, kami yakin kemunculan Floor 88 dalam filem ini mampu menarik dan menghiburkan penonton yang terus kekal berada di rumah,” ujar Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad

“Semoga filem ini dapat meredakan kerisauan dan mengeratkan silaturahim keluarga dengan menonton bersama-sama,” sambung Irwan sependapat dengan rakan pengarahnya Eric Fuzi yang merupakan pertaruhan pertamanya sebagai pengarah kedua membantu Irwan. - KitaReporters


3
0
0
1
0
You will be interested