Gaya Hidup 06 Oct, 2021

Video| AME 2021 perkenal 3 kategori baharu! Kategori Hos MeleTOP, Fesyen MeleTOP digugurkan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


ANUGERAH MeleTOP Era 2021 (AME 2021) untuk tahun kelapan bagi meraikan karya dan personaliti paling popular sepanjang tahun 2020 merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital kembali dengan mengekalkan 16 kategori utama.

Pun begitu kelainannya, bagi edisi 2021 ini, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan meliputi 'Personaliti TV MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Video MeleTOP’. manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu ‘Hos MeleTOP’ dan ‘Fesyen MeleTOP’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah Meletop Era


“Berdasarkan kepada pemerhatian kami, dua kategori itu tidak begitu menarik perhatian peminat untuk mengundi jadi kami mengambil keputusan menggugurkannya dan digantikan dengan tiga kategori baharu lain,” ujar Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro,  Raqim Ahmad (gambar atas) ketika menjawab pertanyaan media pada sesi sidang akhbar AME 2021 mengumumkan hos dan senarai Top 20, secara maya pada 5 Oktober 2021. 

Menurut Raqim, pengenalan tiga kategori baharu untuk menggantikan dua yang digugurkan dibuat setelah mengambil kira kesesuaian trend semasa yang mencerminkan perkembangan landskap persada seni masa kini supaya tidak ketinggalan. 

Turut hadir bersamanya  dalam sesi virtual itu terdiri daripada Dhan Andreas, Pengurus Rangkaian Kandungan, Astro Radio serta beberapa artis yang berjaya disenaraikan dalam top 20 antaranya, Catriona Ross, Khai Bahar, Wany Hasrita, Sarah Suhairi, Shiha Zikir, Adira, Floor 88 dan ramai lagi.


Barisan artis dan personaliti yang hadir dalam sesi sidang media secara maya.


Secara keseluruhanya 16 kategori uutama yang dipertandingkan adalah ‘Lagu MeleTOP ERA’, ‘Penyanyi MeleTOP ERA’, ‘Grup/Duo MeleTOP ERA’, ‘Si Cilik MeleTOP’, ‘Filem MeleTOP’, ‘Bintang Filem MeleTOP’, ‘Drama MeleTOP’, ‘Pelakon MeleTOP’, ‘Video MeleTOP’, ‘Artis Versatil MeleTOP’, ‘Personaliti TV MeleTOP’, ‘Influencer MeleTOP’, ‘Artis Baharu MeleTOP’, ‘Couple MeleTOP’, ‘BBNU MeleTOP’ dan ‘Program MeleTOP’. 

eraDi samping itu, turut dipertandingkan ialah tiga kategori kemuncak yang ditentukan berdasarkan jumlah undian tertinggi dalam kalangan calon ‘Top 5’ untuk kesemua kategori utama iaitu ‘Top Top MeleTOP Lelaki’, ‘Top Top MeleTOP Wanita’ dan ‘Top Top MeleTOP Grup/Duo’.





Selain memperkenalkan barisan artis yang menduduki senarai Top 20 dalam setiap kategori terbabit, Raqim turut mengumumkan sekali lagi pemilihan pasangan versatil, Nabil Ahmad serta Jihan Muse untuk mengendalikan ‘AME 2021’ sebagai hos utama dan akan digandingkan dengan hos baharu yang masih dirahsiakan.

Masih mengekalkan format penganjuran asal ‘AME’ di mana kuasa penuh diserahkan kepada pemnat untuk mengundi pemenang kesemua 16 kategori, undian fasa pertama untuk memilih calon ke peringkat ‘Top 5’  sudah boleh dilaksanakan bermula 5 Oktober 2021 lalu, sehingga 19 November 2021, berakhir jam 6 petang menerusi laman rasmi www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK.

Menariknya, ‘AME 2021’ kali ini, memperkenalkan lagu tema baharu  ‘Anuerah Meletop ERA 2021’ dinyanyikan barisan penyanyi popular seperti Darmas Band, Dolla, Lil J, Syamel, Yonniboii dan Iman Troye



Lagu tersebut turut mendapat sentuhan Ezra Kong selaku komposer serta lirik nukilan oleh Ezra sendiri bersama Lil J. 

Jadi selepas ini dah tiada lagi kedengaran lirik yang sinonim dengan  lagu AME selama ini iaitu ‘Meletop… Angkat Tangan!’. 

AME 2021’  dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’ telah dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada 30 Januari 2022, jam 9.00 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) atau boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand. 

Istimewa untuk para pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, siaran ‘AME 2021’ juga akan turut disiarkan dalam format resolusi kualiti 4K UHD. - KitaReporters


8
12
0
16
0
You will be interested

Video| Sorry naik lori? Kahwin naik lori! Pasangan pengantin diarak naik lori ke majlis kahwin!

Sepasang suami isteri telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka dengan naik lori bawa barang dengan sangat meriah. Dapat pujian daripada netizen

Ini barulah raya! Kutip sampah pakai baju raya! Program gotong royong bersihkan Pantai Batu Buruk!

Trash Hero Malaysia dengan kerjasama Green Ranger UMT dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT anjur program gotong royong pembersihan pantai pakai baju raya
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Keluarga Malaysia ceriakan Aidilfitri warga emas, anak yatim! Usaha Al-Fikrah, Sukarelawan Kasih!

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Kpg Sungai Sekamat, Kajang dan Pertubuhan Sukarelawan Kasih anjuran sambutan Aidilfitri bagi ceriakan warga emas, anak yatim
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Anuar akui sukar cari keserasian bersama Ziana! Yakin konsert 6 Ogos momen kolaborasi indah!

Penyanyi adik beradik Ziana Zain dan Anuar Zain bakal kolaborasi dalam konsert skala besar di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022 di Dewan Plenary, KLCC Kuala Lumpur
Fariza Saidin in Gaya Hidup 12 hours ago

Sukan SEA 2021: Malaysia terkandas di separuh akhir! Tindakan kurang bijak dihukum pemain Vietnam!

Satu tindakan kurang bijak daripada pemain pertahanan negara bolehkan Vietnam jaring gol pada masa tambahan, sekali gus bawa tuan rumah ke akhir Sukan SEA 2021
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago