Seni & Sukan 18 Sep, 2021

Video| Lelaki menyamar wanita! Pakai baju gaun! Berselingkuh isteri orang! Akhirnya tertangkap!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PELAKU ditangkap oleh penduduk kampung selepas aksinya memakai baju gaun wanita untuk mengaburi penduduk semasa pelaku berselingkuh isteri orang pada 15 September 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


AKSI seorang lelaki di Jawa Tengah yang menyamar menjadi seorang wanita dengan memakai pakaian baju gaun  labuh bagi mengaburi pandangan warga semasa dia pergi berselingkuh (mengadakan hubungan sulit) di rumah seorang wanita yang sudah bersuami akhirnya terbongkar apabila lelaki itu ditangkap oleh penduduk kampung pada pagi Rabu 15 September 2021 lalu.

Perbuatan yang agak melucukan itu terjadi di Desa Jurang, Kecamatan Gebog, Kabupaten Kudus yang mana lelaki terbabit bernama H berumur 47 tahun nekad berbuat demikian semata-mata untuk mengaburi pandangan jiran tetangga semasa dia berlaku curang dengan isteri orang yang dikenali S berumur 36 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selingkuh

Kredit foto: Portal Pekalongan


Dalam kejadian pada pukul 9 malam 14 September 2021 lalu, S yang mempunyai suaminya kini sedang mencari rezeki di luar kepulauan Jawa dikatakan keluar dari rumahnya di Desa Jurang untuk pergi mengambil H yang berasal Karangmalang, Kudus, dengan sebuah motosikal. 

Semasa perjalanan pulang ke rumahnya, S yang sudah mempunyai dua anak itu dilihat oleh beberapa warga kampungnya sedang membawa seseorang (sebenarnya H) di belakangnya yang berpakaian baju wanita labuh tanpa diketahui sama ada ia seorang wanita ataupun sebaliknya.

Memetik laporan Tribunnews.com pada 15 September 2021 lalu, walaupun tidak ketahui jantina pembonceng yang dibawa oleh S itu tetapi melalui ukuran kaki yang dilihat itu adalah besar seperti seorang lelaki.


Kredit foto: Tribunnews.com



Ketua Kampung Jurung, Muhammad Noor memberitahu dengan tindakan yang amat mencurigai mereka itu telah menyebabkan beberapa pemuda serta orang dewasa di kampung tersebut telah memantau di sekitar rumah S pada malam itu sehingga waktu subuh.

Ia dilakukan untuk mempastikan sosok yang dibawa pulang oleh S pada malam itu adalah benar seorang wanita ataupun sebaliknya, apatah lagi ketika itu suaminya tiada di rumah.

Muhammad Noor berkata sebelum itu, mereka beranggapan pembonceng itu adalah wanita disebabkan dia berpakaian baju gaun wanita tetapi apa yang meragukan kerana beberapa warga melihat kakinya bersaiz besar semasa dia membonceng motosikal itu.


PENDUDUK kampung memantau pergerakan pelaku di kediaman wanita yang sudah bersuami di Desa Jurang, Kacematan Gebog. - Kredit foto: Tribunnews.com


``Kalaulah diturutkan hati kami mahu menyerbu rumah S itu dalam pukul 10 malam tetapi kami fikir juga kami akan menjadi malu jikalau orang yang dibawa pulang oleh wanita itu (S) adalah benar seorang perempuan. Apa-apa pun kami tunggu sehingga dia keluar dari rumah itu.

``Namun pelbagai andaian kami akhirnya kecundang apabila pada waktu dinihari (15 September 2021), kami ternampak H keluar dari rumah S untuk pulang ke rumahnya juga masih dengan pakaian baju gaun labuh itu supaya tidak dapat dikesan oleh penduduk kampung dan jiran tetangga,’’ katanya. 

Serentak itu, pemuda yang sedang memantau pergerakan H dengan aksinya menyamar sebagai seorang wanita sejak dari awal lagi telah menangkap pelaku itu sebelum diserahkan kepada Balai Polis Gebog untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters


KETUA Kampung Jurang turut sama memantau di tempat kejadian. - Kredit foto: Tribunnews.com

15
15
0
13
0
You will be interested