Seni & Sukan 21 Jul, 2023

Anda hauskan muzik? Jom ke Konsert Hausboom Music 2023! 35 artis baharu, lama! 9-10 Sept 2023 di SIC!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this



Jarang sekali berlaku sebuah pelancaran dan sidang media yang dihadiri begitu ramai penonton selain pihak media serta artis dan pihak penganjur.

Tetapi itulah yang dapat disaksikan ketika berada pada majlis pelancaran Konsert Hausboom Music 2023 yang berlangsung di Menara Affin, Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Sudah tentu keriuhan majlis dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom, Azri Zahier Azmi (gambar bawah) ke ruang lobi Menara Affin diiringi paluan dram pancaragam mampu menambat kehadiran ramai pengunjung dan kakitangan Affin sendiri menyaksikan upacara menarik itu.


Betapa tidaknya dibanjiri ramai waima acara turut dihadiri sebahagian besar daripada 35 penghibur baharu dan lama bagi memeriahkan pelancaran Konsert Hausboom Music 2023 yang dijadualkan berlangsung selama dua hari pada 9 dan 10 September 2023 depan.

Penganjuran konsert kali ketiga anjuran jenama produk minuman popular Hausboom ini merupakan kolaborasi bersama Affin dan menariknya lagi konsert berkenaan juga bakal melakar sejarah sebagai konsert lokal terbesar yang pernah dianjurkan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC - Sepang International Circuit).

Jadi anda boleh bayangkan juga betapa ramainya peminat muzik pelbagai genre bakal menghangatkan pentas yang akan digegarkan oleh 35 penghibur dari latar muzik berbeza dengan satu misi iaitu untuk memberi hiburan maksimum dan berkualiti kepada pengunjung.

“Apa lagi Hausboom Music memang popular dan terkenal sebagai pelopor yang menggabungkan variasi genre seperti Rock, Dangdut, R&B, Hip Hop misalnya dalam sebuah penganjuran konsert,” ujar Azri Zahier Azmi pada majlis yang turut dihadiri ramai artis baharu dan lama antaranya Amy Search, Ella, Alif Satar, Kumpulan Masdo, IamNeeta, Dolla dan ramai lagi.



Azri yang juga dikenali sebagai “John Lemon” memberitahu, dengan menghimpunkan 35 penghibur berbeza latar muzik dalam sebuah acara, objektif utama Hausboom adalah untuk terus menghidupkan dan menyemarakkan ekonomi industri hiburan negara.

“Lebih mengujakan, penganjuran kali ini membabitkan barisan penghibur yang lebih best dan datang bukan sahaja dari Malaysia tetapi negara jiran kita Singapura yang diwakili Alyph dan Akeem Jahat tetapi turut disertai pemuzik dari republik Indonesia iaiatu  Hyndia,” tambah Azri.

Jadi bukan ‘kaleng-kaleng’ ya konsert yang akan dibawakan oleh Hausboom tahun ini apatah lagi barisan artis yang terpilih memang ‘power’ dibarisi otai-otai rockers seperti Amy & Kumpulan Search; Ratu Rock Ella, Maestro Datuk M. Nasir diikuti The President Joe Flizzow, Hujan, Exists, Spider, Bunkface dan SonaOne



Nama-nama seperti SOG, Masdo, Alif Satar & The Locos, Dolla, Baby Shima, IamNeeta, Toko Kilat, 53 STU, Salam Muzik, Budak Nakal Hujung Simpang, Iqbal M, Insomniacks, Midnight Fusic, Gerhana Ska Cinta dan Grey Sky Morning pula terus menambah hype konsert ini selain penampilan Hyndia serta plantun lagu ‘Swipe’, Alyph disertai rakan senegaranya, Akeem Jahat yang tidak asing lagi dalam genre hip hop. 

Tidak dilupakan ikut serta dalam konsert Hausboom Music ini adalah Naratu, No Good, Orkes Hizaidin, Chronicalz, Shila Amzah, Forceparkbois, Luqman Podolski dan Gard Wuzgut akan menarik penonton tersendiri.



“Hausboom ingin terus meraikan dan menyokong pemuzik lokal untuk terus aktif serta memberi peminat hiburan yang berkualiti, terbaik serta berbaloi buat semua dengan kehadiran penghibur daripada Indonesia dan Singapura juga,” tambah Azri Zahier.

Dengan barisan 35 pemuzik dan pemilihan SIC sebagai lokasi disasarkan Konsert Hausboom Muzik 2023 mampu menarik sekitar 15,000 penonton hadir pada dua hari penganjurannya iaitu 9 dan 10 September 2023. 

Apa yang lebih menarik mengenai pengajuran konsert pada kali ini, Hausboom juga telah mengeluarkan 200,000 botol Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023. 




Bukan sahaja itu, setiap label edisi terhad itu mempunyai kod QR dimana setiap pembeli yang mengimbas kod tersebut berpeluang untuk memenangi:

1. Tiket-tiket VVIP yang bernilai RM1,200 untuk sekeping tiket

2. Barangan rasmi konsert Hausboom Music 2023

3. Potongan harga bagi pembelian tiket “General” konsert Hausboom Music 2023 

Hausboom Sparkling Juice dengan label edisi terhad versi konsert Hausboom Music 2023 ini boleh didapati di kedai-kedai rangkaian terkemuka.

Tiket-tiket berharga  RM199 (General), RM359 (Rockzone) dan RM1200 (VVIP) sudah mula dijual sejak 25 Mei 2023 lalu

“Kami yakin harga tiket yang dikenakan kepada semua pengunjung adalah berbaloi,” akhiri Azri. - KitaReporters



10
14
0
13
0
You will be interested