Seni & Sukan 02 Sep, 2022

Video! Apa da! Shila Amzah buat perangai lagi! Buang gula-gula atas pentas! Kali kedua! Mohon maaf!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENYANYI Shila Amzah,32, pernah membuat kejutan apabila membuang gula-gula ketika membuat persembahan pada peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada tahun lalu (2021) ketika menyampaikan lagu ‘Pelukan Angkasa’ bersama kumpulan SOG.

Ia menimbulkan teguran serta kritikan ramai orang. Dan terbaharu, perangai buruk itu berulang! 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Shila Amzah


Ketika membuat persembahan menyanyikan lagu 'Khilaf Asmara' pada Konsert Merdeka 65 yang ditayangkan di TV2, RTM pada Selasa, 30 Ogos 2022, Shila Amzah dilihat telah membuat 'perangai' lagi dengan mengeluarkan gula-gula dari mulut dan membuangnya di pentas Auditorium Perdana Angkasapuri.

Aksi Shila atau nama penuhnya Nur Shahila Amir Amzah telah dapat dirakam melalui kamera.



Video itu kemudiannya dikongsikan pengguna dalam aplikasi TikTok hingga mendapat pelbagai maklum balas. Hantaran video itu sudah mencecah lebih 880k tontonan, hampir 10k tanda suka dan lebih 100 komen.

"Bila ko (kau) lupa nak buang gula-gula masa 'perform' dan kali ni terbang ya gula-gula tu. Bertabahlah abang yang kutip tu," tutur pengguna Yazid Yacob.




Pengguna sama juga turut memuat naik video penuh persembahan Shila bagi memenuhi permintaan seorang pengguna lain yang bertanya mengenai perkara itu.

"Hari tu rasanya dia juga buat macam tu. Lain kali pegang genggam je la dulu. Tak payah buang merata macam tu. Kalau kena ke gula getah tak kah naya orang terpijak," tulis @ciknurullpompom

"Semi final yang lepas, lagu Pelukan Angkasa tu pun sama. Adui perangai," kata @Idrul Nafiz.



Ekoran teguran orang ramai, Shila memohon maaf melalui laman Instagramnya. Dia memberi alasan tidak sihat ketika mengadakan persembahan.

"Selamat menyambut hari kebangsaan ke 65 tahun ❤️. I love being in RED especially for last night 🥰. Thank you @hiburantvrtm for having me, I had so much fun last night!"Sorry Sebab lupa buang gula2 again 🫠. The aftermath of being demam, makan ubat batuk, selsema and panadol then minum coffee at 11.30pm," tulis  Shila Amzah menerusi muat naik video dalam laman Instagram miliknya. - KitaReporters


11
17
0
10
0
You will be interested