Baru-baru ini tular dalam media sosial menunjukkan seorang lelaki Melayu yang memberikan bajunya kepada seorang pemuda Cina yang tidak dibenarkan mengambil ujian memandu kerana memakai baju-T (tidak berkolar) meraih pujian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial yang bernama @eeqramazizi, memaparkan seorang lelaki Melayu yang berdiri di tepi pagar telah menanggalkan pakaiannya yang berupa baju berkolar lalu diberikan kepada pemuda Cina itu bagi membolehkan beliau menduduki ujian memandu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lesen memandu
“Ceritanya, seorang lelaki tidak dibenarkan menjawab ujian memandu disebab baju tak berkolar.. apa-apa pun terbaik Malaysiaku,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen laman aplikasi TikTok.
Rata-rata pengguna media sosial memuji serta menghargai semangat membantu lelaki Melayu terbabit meskipun berlainan bangsa dan agama.
“Kepada lelaki yang beri pinjam baju, begitu suci hati anda. Moga hidup anda dipermudahkan. Anda terbaik,” kata @IskandarSilver.
“Semoga dimurahkan rezeki abang yang beri baju. Beradab sungguh cara beri baju. Semoga maju jaya pada yang ambil ujian. Jangan leka selepas ini baca arahan betul- betul,” jelas @InangSari721.
“Inila Malaysiaku. Walaupun nak bagi orang siap buka baju, tepuk, buka baju itu dan lipat. Baru bagi orang. Adab kita cara kita,” kongsi @zalizainal. - KitaReporter