Perkongsian seorang lelaki yang bergaji sehingga mencecah RM10,000 sebagai pemungut sampah di Singapura mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga menjadi tular.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @ezzaiky7, beliau menyatakan gembira dengan pekerjaannya meskipun tidak mendapat pelajaran yang tinggi namun puas rezeki luas bekerja di negara jiran.
Lagi
"Ada orang cakap gaji di Malaysia lagi tinggi dari Singapura. Bang, gaji yang tinggi itu orang yang ada pelajaran, saya tiada pelajaran bang.
“Kalau abang boleh beritahu gaji mahal tu kat mana bang, boleh beritahu saya bang.
“Nak juga merasa gaji 8 hingga 9 ribu duduk di negara sendiri. Tapi rezeki ada di mana-mana bang,” luahnya dalam laman aplikasi TikTok.
Perkongsian beliau meraih perhatian pengguna media sosial yang menyokong usaha gigih beliau dalam mencari rezeki meskipun ada pihak yang mempertikaikan pekerjaan beliau yang hanya mengutip sampah, namun peroleh gaji yang tinggi di negara luar.
“Tidak perlu layan orang yang cuba jatuhkan kamu, kita susah mereka bukan tolong bantu pun, cakap je pandai, semoga maju jaya,” kata @SyedMelbreck.
“Tak pe dik, kerja je dekat mana adik selesa. Kuat dan tabah dik,” tulis @abbu.
“Kerja kuat-kuat umur 20 hingga 30 tahun, jangan joli. Kumpul aset, bila umur dah 30 hingga 40 tahun dah stabil. Umur dah cecah 40 hingga 50 tahun buat amal jauhi benda yang tidak berfaedah,” ujar pengguna media sosial bernama @zalil. - KitaReporters