Seni & Sukan 15 Aug, 2022

Kelab SAHOCA Bikers Legend! Bekas murid dan guru bergabung! Bersatu buat kerja-kerja kebajikan!

@normala hamzah
NORMALA HAMZAH penerima Anugerah Wanita Inspirasiku 2015. Bekas Pengarang Kanan meja Keluarga Utusan Malaysia dan majalah Wanita. Penulis buku Permaisuri, Ibu Halimah dan Odyssey Dari Lembah ke Puncak. Kini aktif dalam Projek Wakaf Telekung Siti Aishah. Emel >> [email protected]

Share this

Ahli-ahli SAHOCA Bikers Legend di hadapan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.


DARI remaja sehingga dewasa hubungan mereka tidak pernah putus sejak bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Malah semakin akrab walau masing-masing telah membawa haluan hidup sendiri. 

Dipertemukan dalam sebuah grup, mereka bersatu atas nama SAHOCA Bikers Legend bagi menyambung semula silaturahim

Moto Make Life A Charity (Jadikan Kehidupan Satu Kebajikan) jadi pegangan ahli-ahli SAHOCA Bikers Legend ini.


Shafferi Rejab


"Jalinan persahabatan yang erat antara murid dan guru telah lama terjalin semenjak zaman persekolahan lagi, jadi kami himpunkan semula bekas murid dan guru dalam grup ini untuk menyambung silaturahim," kata bekas guru Kolej Sultan Abdul Hamid, Shafferi Rejab, 66, selaku ketua grup SAHOCA Bikers Legend.

Berasal dari Alor Setar Kedah, Shafferi berkata dahulu kebanyakan aktiviti adalah berkisar pada sukan seperti rugbi, bola sepak dan lain-lain yang menyatukan guru dan murid di padang. 
"Namun sejak 6 tahun yang lalu aktiviti bermotosikal telah menjadi aktiviti SAHOCA yang paling aktif kerana aktiviti ini lebih menarik serta memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat kepada masyarakat," tambah beliau lagi.

SAHOCA Bikers Legend semasa menjalankan aktiviti kebajikan di Baling, Kedah.


Ditanya tentang  persahabatan yang sangat akrab antara beliau sebagai bekas guru dan bekas anak muridnya, Shafferi berkata semua telah diatur oleh Allah. 
"Walaupun kesemua kami masing-masing telah bekeluarga dan sibuk dengan kerjaya namun rasa hormat, kasih dan sayang antara kami sejak dari zaman sekolah menyebabkan kami setia menjadi sahabat sampai sekarang," ujar Shafferi lagi. 
Malah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menghadiri dan menjayakan aktiviti-aktiviti anjuran SAHOCA Bikers Legend sebanyak mungkin jika ada kelapangan. 
Menurut Shafferi, ahli ahli grup bukan setakat bekas murid tetapi mereka juga anak, sahabat dan saudara dunia akhirat. 

Shamsulbadri Ishak


Sementara itu seorang lagi ahli grup yang juga bekas guru di Kolej Sultan Abdul Hamid, Shamsulbadri Ishak, 49 berkata,  jalinan persahabatan ini menyebabkan semua ahli merasakan seperti satu keluarga besar yang sangat akrab
"Kami menganggap grup ini  satu keluarga yang besar dan meriah. Hubungan pula seperti ayah dan anak atau adik dan abang, boleh bergurau seperti adik beradik," tambah Shamsulbadri. 

Menyerahkan sumbangan berupa sejadah semasa menjalankan kerja amal di Kampung Iboi, Baling, Kedah.


Walaupun matlamat sebenar SAHOCA Bikers Legend untuk menjalinkan silaturahim antara sahabat-sahabat sepersekolahan di Kolej Sultan Abdul Hamid dan guru-guru, grup ini juga mengambil peluang untuk melakukan kerja kerja amal dan kemasyarakat. 
Setakat ini SAHOCA Bikers Legend telah membantu dan menyumbang untuk mangsa banjir di Pahang dan Kedah dan masuk ke kampung kampung pada bulan Ramadan selain menziarah sahabat SAHOCA yang sakit dan memerlukan bantuan. 
"Ahli-ahli grup juga walaupun telah berusia masih relevan untuk membuktikan bahawa walaupun rambut dan janggut sudah putih namun semangat untuk berbakti kepada masyarakat tetap membara dan tidak hanya menghabiskan masa lapang dengan bersantai sahaja," tambah Shamsulbadri. 
Ditanya mengenai perancangan seterusnya untuk tahun 2022 ini,  Shafferi selaku ketua memberitahu kemuncak aktiviti tahun ini adalah Kembara SAHOCA ke Mekah yang dijangka bergerak pada awal Oktober nanti. 
"Satu majlis doa selamat dan kesyukuran akan diadakan pada bulan September (2022) nanti, insya-Allah, " tambah Shafferi.

Romzi Bakar


Sementara itu bekas pelajar SAHOCA 1992 Romzi  Bakar menyifatkan grup SAHOCA Bikers Legend sebagai sebuah keluarga besar yang sangat bermanfaat.
"Selain dapat menyambung dan mengeratkan silaturahim antara bekas guru dan murid ia turut mengingatkan kami kepada jasa guru yang sangat besar kepada kami dan nilai persahabatan yang perlu dipertahankan. 
"Dalam grup ini, kami saling hormat menghormati, berbincang dan bergerak melakukan kerja amal, menziarah sahabat SAHOCA yang kurang sihat dan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan," kata Romzi. 

Mohd Farieq Shahrizal  Hussain


Sementara Mohd Farieq Shahrizal Hussain, 43, bekas pelajar SAHOCA 1996 pula melahirkan rasa gembira kerana berpeluang melakukan kerja amal dan aktiviti sihat bersama dengan rakan-rakan sekolah dan bekas guru. 
"Saya merasakan grup seperti ini sangat penting kerana ia bukan sahaja untuk beriadah tetapi membantu kita berfikir tentang kesusahan mereka yang ditimpa musibah," ujarnya. 
Pelbagai altiviti telah dirangka untuk 2023 antaranya Ride Kemanusiaan, Ride Prihatin Bulanan, Majlis Makan Malam SAHOCA Bikers Legend, Jelajah Malaya 2023 pada bulan bulan Ogos 2023 di samping pelbagai aktiviti lain yang masih dalam perancangan. - KitaReporters

Aktiviti brmotor sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-63 dengan Konvoi Bermotosikal Jelajah Malaya Sahoca Bikers 90 - 2020.

13
14
0
14
0
You will be interested